berita

‘AJL Satu Platform Terbaik, Rugi Tarik Diri’ – Freddie Fernandez

December 21st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

DATUK FREDDIE

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez meluahkan rasa bimbang dengan tindakan beberapa penyanyi dan komposer yang menarik diri dari bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang dijadualkan diadakan pada tahun depan.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Jangan Mati Rasa Itu, Astana & Darah Antara 12 Lagu Ke AJL38

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aina Abdul Menang Besar! ‘Jangan Mati Rasa Itu’ Diumumkan Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Penaja

AJL program paling popular

AJL38

Menurut Freddie, AJL adalah satu platform terbaik yang mampu melonjakkan populariti artis, komposer serta lagu mereka, selain akan menyumbang kepada pendapatan yang tinggi.

Kata Freddie, keputusan untuk menarik diri daripada satu anugerah berprestij adalah satu tindakan yang kurang bijak dan akan merugikan diri sendiri.

Kami amat bimbang dengan keadaan ini dan masa depan mereka, kerana AJL menjadi platform terbaik yang mampu melonjakkan populariti artis dan komposer serta lagu mereka.

Bagi saya, untuk tarik diri dari mengambil bahagian merupakan suatu tindakan yang kurang bijak yang akan merugikan mereka sendiri dalam jangka masa panjang.

Sudah terbukti AJL merupakan sebuah program yang paling popular dengan jutaan pengikut dan penonton antara peminat seni suara di Malaysia. Sesiapa yang menang atau menjadi finalis akan berpotensi menjana pendapatan yang tinggi selepas muncul dalam program tersebut.

Ia termasuk menerima undangan untuk membuat persembahan serta peningkatan populariti lagu mereka di kalangan peminat disertai sekali dengan tontonan tinggi di pelbagai platform media sosial yang sudah pasti akan membawa pulangan yang lumayan.

Jadi bagi saya tidak masuk akal ada yang memilih untuk tarik diri atas sebab-sebab yang kurang jelas, iaitu perjanjian antara Persatuan Industri Rakaman Malaysia (Recording Industry Association of Malaysia atau RIM) dan MPA dengan Media Prima. Saya pun tak pasti apakah kaitan perjanjian itu dengan AJL kerana tiada sebarang penjelasan dalam mana-mana media yang membuat liputan atas perkara ini.

Bayaran royalti berjuta ringgit setiap tahun

DATUK FREDDIE

Tegas Freddie, 70, sekiranya isu melibatkan bayaran duit, jelasnya, pihak Media Prima ada membuat bayaran royalti berjuta ringgit setiap tahun kepada dua badan kutipan royalti iaitu MACP dan PPM untuk karya muzik dan rakaman yang digunakan dalam siaran radio dan televisyen.

Jika ia melibatkan bayaran duit apa yang saya faham ialah pihak Media Prima ada membuat bayaran royalti berjuta ringgit setiap tahun kepada dua badan kutipan royalti iaitu MACP dan PPM untuk karya muzik dan rakaman yang digunakan dalam siaran radio dan televisyen.

Ini berjaya memberi imbuhan yang signifikan setiap tahun kepada komposer dan penulis lirik tempatan selain ahli RIM dan MPA melalui dua badan kutipan itu. Jadi apa lagi masalah dan tuntutan yang dimaksudkan itu?

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan The Revolvers turut menasihati kepada selebriti dan komposer untuk mengekalkan hubungan baik dengan stesyen penyiaran utama demi kerjaya masing-masing.

Artis dan komposer dinasihati menjalinkan hubungan baik dengan stesyen penyiaran utama seperti Media Prima dan mendapatkan sokongan berterusan untuk kerjaya mereka melalui semua program popular stesyen televisyen mereka termasuk AJL, Melodi, MHI, Jom Heboh dan lain-lain serta penyiaran lagu-lagu melalui stesyen radio kepunyaan Media Prima yang amat popular.

Jadi saya menasihati artis dan komposer untuk elak melakukan satu kesilapan besar dan terus menyertai program AJL yang paling berprestij ini untuk kekalkan hubungan baik dengan semua media di bawah Media Prima serta menentukan suatu masa depan yang lebih cerah bagi diri mereka.

SKIP THIS AD ×