berita

#RoadToAJL36: 12 Finalis Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara AJL36 Malam Ini

March 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam ini, ramai dah tak sabar ingin menyaksikan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).

Bertemakan ‘Ini Rentak Kita’, AJL36 memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama dan tabah mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19.

Penyanyi manakah bakal dinobat juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi?

Malam gilang-gemilang

Kalau korang nak tahu, AJL36 pada malam ini boleh ditonton tepat jam 9 malam menerusi saluran TV3 , live stream di www.anugerahjuaralagu.com, www.tonton.com.my, dan YouTube TV3 Malaysia. Sebanyak 12 lagu yang bakal berentap dalam anugerah paling berprestij mengiktiraf lagu terbaik tanah air.

Antara barisan artis yang bakal berentap adalah Haqiem Rusli (Mimpi), Aina Abdul (Sepi & Nafas Cinta), Khai Bahar (Nafas Cinta), Ernie Zakri (Boneka), Yonnyboii (Salahku), Naim Daniel (Purnama), Noraniza Idris & Bunga (Intan Payung), SOG & Shila Amzah (Pelukan Angkasa), Siti Nordiana (Angkara), Marsha Milan (Cinta), Shiha Zikir & Noki (AEWO) dan Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli (Lara).

Bagi kategori naib juara akan membawa pulang RM50,000 bersama trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM30,000 berserta trofi.

Menerusi kategori vokal terbaik akan menerima RM12,000 beserta trofi, bagi persembahan terbaik akan membawa pulang RM12,000 serta trofi dan wang tunai RM 6,000 daripada NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir.

Jangan lupa tengok!

Majlis penuh gilang-gemilang itu akan diacarakan oleh Alif Satar dan Nabila Huda selaku hos acara kemuncak. Manakala, acara Karpet Merah AJL 36 yang turut akan bersiaran di TV9 dan YouTube akan dikendalikan oleh Sissy Imann dan Sean Lee.

Jadi tunggu apa lagi! Jangan lupa saksikan AJL36 tepat jam 9 malam menerusi saluran TV3 , live stream di www.anugerahjuaralagu.com, www.tonton.com.my, dan YouTube TV3 Malaysia

Bukan itu sahaja, kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut boleh terus layari web rasmi dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta gunakan #AJL36, #RoadtoAJL36, #CantikDenganNoir untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

SKIP THIS AD ×