berita

Rockaway Festival 2012 Dimeriahkan Dengan MxPx, Soulfly, Go Gerila & Bunkface

August 13th, 2012 | by Ai
Hollywood

Untuk kali yang ketiga, Livescape Asia kembali mempersembahkan Rockaway Festival 2012 yang bakal dimeriahkan lagi dengan 3 artis antarabangsa bersama beberapa kumpulan artis tempatan.

Bakal diadakan di Helipad, Litar Antarabangsa Sepang, Rockaway Festival ini akan berlangsung pada 20 Oktober 2012 serentak dengan minggu perlumbaan Moto GP. Ini juga merupakan kali pertama pihak Livescape bekerjasama dengan penganjur Moto GP.

Apa yang menarik, Livescape berjaya mendapatkan MxPx All Star, Soulfly dan juga Unearth untuk memeriahkan lagi festival muzik yang OHBULAN! pasti sudah lama anda tunggu. Tidak cukup disitu, Livescape turut membawa turun 9 buah band indie tempatan iaitu Bunkface, I, Revival, The Padangs, Go Gerila dan Twilight Actiongirl. 3 buah nama besar dalam industri tempatan iaitu Hujan, Love Me Butch dan Massacre Conspiracy akan turut membuat persembahan bersama.

Festival muzik ini akan turut mempunyai booth-booth jualan dan showcase serta ditambah dengan “Food Village”. Jadi, anda tidak perlu risau apabila berada disana nanti. Tiket pula telah mula dijual pada 1 Ogos yang lepas dan anda boleh mendapatkan tiket pada harga RM108 (pembeli awal), RM138 (pra-jualan) dan RM178 (pada hari festival) – melalui Air Asia Redtix dan cawangannya, termasuk Rock Corner dan Victoria Music di sekitar Lembah Klang.

SKIP THIS AD ×