Gambar sekadar hiasan
Perbuatan keji seorang buruh am akhirnya mendapat balasan apabila dia perlu menjalani hukuman penjara 30 tahun serta lapan sebatan atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak 12 tahun sehingga melahirkan bayi perempuan.
Artikel Berkaitan: Lelaki Miliki Rekod Jenayah Rogol Disyaki Rakam Adegan Amang Seksual Ibu & Anak Lelaki
Artikel Berkaitan: Ibu Dipukul Ketika Membonceng Motosikal Dengan Anak, Dirogol & Diikat Pada Pokok Kelapa Sawit
Artikel Berkaitan: Ibu Gian Dadah Jual Anak Harga RM56 Pada Teman Lelaki, Kemudian Dirogol & Dibunuh
Rayuan tertuduh ditolak
Gambar sekadar hiasan
Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mencapai kata putus untuk menolak rayuan tertuduh, Ruslan Bacika setelah tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Kamaludin Md Said bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah.
Hukuman penjara bagi kedua-dua sabitan terhadap tertuduh yang berusia 59 itu dijalankan serentak.
Bagi kami, anda amat bertuah kerana mendapat hukuman itu berbanding satu lagi kes rogol baru-baru ini yang mana orang itu mendapat 36 tahun dan 20 sebatan.
Berdasarkan fakta kes, kanak-kanak itu tinggal bersama ibunya di sebuah bilik sewa dan tertuduh juga tinggal di bilik sewa lain di dalam rumah yang sama.
Terdahulu, tertuduh telah mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan merogol kanak-kanak tersebut pada 27 Mac 2018 di sebuah rumah serta dua pertuduhan melakukan amang seksual pada 15 Jun dan 19 Jun 2018.
Susulan itu, pada 13 Februari 2019, Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta empat sebatan bagi kesalahan merogol bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 25 Julai 2018.
Dalam pada itu, Ruslan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta dua sebatan untuk setiap pertuduhan amang seksual fizikal berjalan serentak iaitu dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun.
Bagaimanapun, pemenjaraan 10 tahun tersebut akan bermula setelah tertuduh selesai menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan merogol.
Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Ruslan terhadap hukuman.
Perayu diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, P.A Sahrron, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir, mewakili pendakwaan.
Sumber: Harian Metro