berita

Rogol, Cabul & Liwat 8 Pelajar, Guru Disiplin Di Sabah Dipenjara 80 Tahun

August 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Guru seringkali dianggap sebagai insan mulia yang sepatutnya memberi ilmu serta melindungi anak-anak murid mereka. Namun, tiada apa yang lebih mengejutkan selain daripada ‘pengkhianatan’ seorang guru ini apabila bertindak kejam terhadap anak muridnya tanpa rasa malu dan simpati.

Menerusi laporan Bernama semalam, seorang guru di sebuah sekolah rendah di Sabah menerima balasan apabila dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 20 sebatan atas kesalahan rogol, cabut dan liwat.

Keji! Sampai 8 murid

Yang mengejutkan, tertuduh Freddie @ Ampat Unsin, 56,  didakwa dengan 14 pertuduhan rogol, cabul serta liwat terhadap lapan murid perempuannya di sebuah sekolah di Beluran.

Hukuman terhadap lelaki itu dijatuhkan semalam oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Kalthom Abd Samad.

Perbuatan itu dilakukan sejak 2015

Perbuatan keji lelaki ini telah dilakukan sejak tahun 2015.

Menurut laporan, dua pertuduhan merogol melibatkan muridnya yang berumur sembilan tahun pada November 2015 dan 10 tahun pada Mac-Julai 2016 di sekolah tempatnya bekerja. Dia dijatuhi hukuman penjara masing-masing 15 dan 18 tahun serta dikenakan masing-masing tiga serta empat sebatan.

Hukuman itu berjalan serentak mulai tarikh dia didakwa pada 27 Dis 2017 lalu.

Murid 6 tahun juga dicabul

Hakim kemudian memerintahkan supaya hukuman penjara berjumlah 43 tahun dan 12 sebatan atas 11 pertuduhan cabul supaya berjalan berturutan selepas dia menjalani hukuman bagi dua pertuduhan rogol itu.

Freddie didapati bersalah atas 11 pertuduhan mencabul muridnya berumur enam hingga  10 tahun di sekolah sama antara Januari dan Julai 2016.

Liwat pelajar

Tidak cukup dengan itu, guru itu juga tergamak meliwat seorang anak muridnya yang berusia 10 tahun.

Susulan itu, hakim memerintahkan tertuduh supaya dijatuhi hukuman penjara empat tahun serta satu kali sebatan selepas turut didapati bersalah meliwat murid tersebut di sekolah yang sama. Perbuatan itu dipercayai dilakukan antara Jun dan Julai 2016.

Kesalahan serius

Hakim menyifatkan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius kerana sanggup mengambil kesempatan dengan kedudukannnya sebagai guru disiplin dan menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.

Keadaan kesalahan dalam kes ini menunjukkan terdapat tentangan daripada mangsa, tetapi disebabkan kedudukan tertuduh sebagai guru meletakkan mangsa dalam keadaan tidak berdaya.

Tertuduh dilaporkan sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

Sumber: Bernama, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×