berita

Rogol, Cabul & Rakam Gambar Bogel Anak Tiri, Bapa Dipenjara 202 Tahun, 23 Sebatan

October 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bapa memainkan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga, menyayangi serta melindungi anak mereka. Teladan yang baik sepatutnya ditunjukkan seorang bapa agar anak-anak mereka mampu menjadi insan yang berguna apabila meningkat dewasa kelak. Namun apa yang menyedihkan, kini sering kali kita dengar berita membabitkan perilaku keji seorang bapa yang sanggup bertindak di luar batasan ke atas anak mereka tanpa rasa belas kasihan.

Terbaru Astro Awani melaporkan seorang bapa mengaku bersalah atas pertuduhan merogol, mencabul dan merakam gambar bogel anak perempuan tirinya sejak beberapa tahun lalu.

Penjara 202 tahun

Tertuduh telah melakukan perbuatan keji itu terhadap mangsa yang berusia 15 tahun sejak dari 2016 lagi.

Susulan pelbagai perbuatan keji yang dilakukan, tertuduh yang juga merupakan seorang nelayan itu dijatuhi hukuman penjara berjumlah 202 tahun berserta 23 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam selepas mengaku bersalah atas semua perbuatan yang dilakukan.

Bagaimanapun Hakim, Datuk Julie Lack Abdullah memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara selama 38 tahun dengan beberapa hukuman penjara dilakukan serentak dari tarikh dia ditangkap iaitu pada September lalu.

14 pertuduhan rogol

Terdahulu pada 11 Oktober lalu, lelaki itu hanya mengaku bersalah terhadap enam daripada kesemua pertuduhan berkenaan dan mengaku tidak bersalah bagi 16 lagi pertuduhan.

Bagaimanapun ketika kes disebut semula, tertuduh mengubah pengakuan kepada mengaku bersalah terhadap kesemua 22 pertuduhan.

Untuk rekod, lelaki berusia 36 tahun itu didakwa atas 14 pertuduhan merogol, lima pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul, dua pertuduhan mencabul kehormatan ketika remaja itu berusia 12 tahun dan satu pertuduhan merakam gambar bogel mangsa.

Kesemua perbuatan itu didapati dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Sitiawan, Manjung antara April 2016 sehingga 29 September lalu.

Perbuatan itu terbongkar apabila ibu mangsa membuat laporan polis selepas menemui kad memori SD yang mengandungi gambar mangsa dalam keadaan bogel .

Sumber: Astro Awani, Free Malaysia Today

 

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×