berita

Rohana Jalil Respon Kontroversi Gambar Kilafairy

August 2nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Melodi Raya-53

Sejak akhir-akhir ini nama penyanyi dan pelakon berbibir seksi, Kilafairy sering dikaitkan dengan isu kontroversi, sama ada melalui video mahupun gambar-gambar yang dimuat naik olehnya menerusi akaun laman sosial.

Justeru itu, sebagai seorang ibu dan penyanyi yang berpengalaman, Rohana Jalil telah tampil memberi respon berhubung isu tersebut, di mana menurut penyanyi era 80-an itu, dia menganggap isu berkenaan sebagai lumrah kehidupan sebagai anak seni.

Sesuatu perkara yang diperkatakan orang adalah perkara biasa dalam bidang ini. Jika tiada gosip dan kontroversi bukanlah dunia artis namanya.

Paling penting kena tenang dan jangan lari daripada tanggungjawab dan kena terima apa juga orang kata kerana tidak semua orang sukakan kita.

Melodi Raya-57

Kilafairy pernah didakwa tidak menghormati bulan Ramadhan

Dalam pada itu, menurut laporan berlainan, pengurus Kilafairy yang dikenali sebagai Jepun, turut menyatakan bahawa pihaknya enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi berkenaan.

Saya bagi pihak Kilafairy merasakan tidak perlu untuk menjawab perihal video atau gambar kerana mulut orang memang kita tidak boleh tutup. Buat baik pun orang kata, buat jahat pun orang mengata. Jadi baik Kila diamkan sahaja.

Artikel Berkaitan :

Sebagai seorang pengurus, Jepun turut menyatakan bahawa, tiada guna untuk pihaknya memberikan sebarang kenyataan lanjut, ini kerana Kilafairy telah mendapat pelbagai kritikan daripada peminat dan pihaknya mengambil keputusan untuk lebih selesa mendiamkan diri, berbanding membidas segala tanggapan negatif masyarakat terhadap penyanyi berkenaan.

Apa pun, jom layan beberapa foto Kilafairy bersama ibunya, Rohana Jalil sekitar rakaman Melodi Raya baru-baru ini :

SKIP THIS AD ×