Penyanyi vateran, Herman Tino menyifatkan Allahyarhamah Rohana Jalil sebagai seorang Biduanita tanah air yang hebat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hanya Dia Yang Mahu Duet Dengan Saya, Lain Pandang Serong’ – Jaafar Onn
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kilafairy Reda, Akan Merindui Lontong & Laksa Air Tangan Rohana Jalil
Bidunita hebat
Ketika ditemui OhBulan!, Herman berkata dia amat menyangjungi arwah sebagai seorang penyanyi tanah air yang profesional.
Malah, Herman yang mula rapat dengan arwah sejak tahun 70-an berkata tidak sekali pun berlaku perselisihan faham antara mereka.
Saya akui dia (Rohana Jalil) seorang Biduanita yang baik, Biduanita yang betul-betul menyanyi. Bukan palsu atau jadian.
Saya berkawan dengan dia sekitar tahun 1976, waktu dia masih cantik dan saya ketika itu agak kacak. Lama sangat tempoh persahabatan kami berdua.
Tidak pernah sekali pun jumpa satu titik hitam kami bertelingkah. Saya hormat dia sebagai seorang penyanyi. Barang siapa yang terhibur dengan nyanyian dia tolong sedekahkan Al-Fatihah.
Herman berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Masjid Al-Falah USJ 9 di mana tempat Allayarham Rohana Jalil disolatkan, pada Rabu pagi.
Selain Herman, turut kelihatan beberapa selebriti tanah air seperti Noraniza Idris, Haiza Hanafi, Azian Mazuan Sapuan, Noorshila Amin dan ramai lagi yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Terdahulu, Allahyarham Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 11.33 malam Selasa.
Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku itu telah dirawat di hospital sejak April lalu disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.
Untuk info, arwah mendirikan rumah tangga dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikuniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon dan penyanyi, Kilafairy.