Bijak menjiwai watak, cantik dan seksi merupakan imej yang ditonjolkan pelakon yang bertubuh kecil molek ini.
Jessica Alba, seorang pelakon yang comel dan sering tampil dengan personaliti mesranya tidak ketinggalan menjadi perhatian awam.
Baru-baru ini, Jessica Alba dilihat berambut perang baru untuk kembali beraksi dalam adengan Sin City .
Beliau yang sering tampil dengan rambut ‘blonde’ memperbaharui imej dalam watak sebagai penari eksotik yang bekerja di Kadie’s Bar.
Membawa watak sebagai Nancy Callahan yang mempunyai jiwa yang sensitif,penyayang dan kadang-kadang terlibat dalam dunia jenayah.
Beliau yang mengorbankan rambutnya untuk menjiwai watak sebagai Nancy Callahan dilihat melaraskan sekeping gambar di halaman Twitternya untuk tatapan peminat.
Rawatan rambut yang diberi nama ombre dimana perkataan yang berasal daripada Perancis ini dilakukan di Estilo Salon di Beverly Hills.
Pelakon Fantastic Four ini turut tampil berseri dan ringan apabila pendandan rambutnya menggunakan teknik mencerahkan rambut.
Ia merujuk kepada perubahan cahaya rambut daripada berwarna gelap ke warna yang lebih cerah dengan teknik yang bermula daripada akar rambut sehingga ke akhirnya.
Jessica yang terserlah dengan imej comel, kini tampil lebih mengoda dan seksi apabila menjiwai watak dalam adengan Sin City.