Hamil luar nikah adalah satu keaiban yang seboleh mungkin mahu disorokkan daripada pengetahuan masyarakat. Namun, ada yang menambah kesalahan dengan cuba membunuh kandungan dengan mengambil pil gugur. Seorang penjual pil haram ini cuba memujuk bakal pembeli sambil memburukkan aktivis anak tak sah taraf, Fynn Jamal membuatkan wanita itu cuba mengesan individu terbabit.
‘Awak ingat Fynn Jamal boleh tolong awak?’
Assalamualaikum wbt, Puan @rizqinthahirah.
1) kebebasan bersalin utk 18 tahun ke atas.
melainkan biomom (BM) mahu bersalin kerajaan, tiada sesiapa boleh menghalang hak mana2 ibu utk melahirkan.
2) SOP
Biomom atau ibu kandung (BM) tampil dengan details, kalau tak berkemampuan akan dibantu, famili angkat (FA) dicari sampai serasi, setelah bersetuju FA bertanggungjawab untuk setiap sen yang diperlukan. BM dibantu dari segi tempat tinggal, check up etc.
Gugur lebih banyak rosakkan badan
3) Discrepancies
Terpulang pada biomom untuk memaklumkan keluarga sendiri. seandainya perlu bantuan, sayalah orang tengahnya.
4) Badan rosak
Secara sainsnya, menggugurkan lebih rosak badan berbanding melahirkan. BM biasanya diuruskan sehingga selesai pantang. kos berurut rahim, susu etc masih ditanggung FA.
5) Tiada lelaki mahukan
Jaga Allah, Allah akan jaga kita. Adalah lebih mulia untuk seorang perempuan yang bertaubat dan tiada jodoh berbanding menjual agamanya demi mendapat pasangan.
Laporan polis sudah dibuat
6) Pil cuci sdn bhd
Report telah dilakukan atas nama syarikat tersebut untuk memaklumkan KKM tentang penjualan pil gugur secara haram di Malaysia.
saya tau perkongsian ini mungkin serampang 2 mata; puan akan dpt ramai customer wallahu a’lam. tapi perlu utk saya warwarkan di sini sblm tindakan legal dimulakan proses atas dasar sudah mula banyak kali nama saya dipetik di sosial media kerana kelantangan puan.
7) Mandul
ini—
Puan boleh settle dgn Allah. Terima kasih.
ps: Saya meminta sesiapa mengetahui lokasi Puan @rizqinthahirah secara tepat untuk DM saya. Habuan akan diberikan untuk yang terawal membantu dengan info lengkap.
Mohon dipanjangkan ke Facebook, Twitter mana-mana sampai dijumpai. Selamatkan bayi-bayi yang tidak berdosa. Selamatkan biomom-biomom dari menjauh dari pintu taubat.
terima kasih.
Yang benar,
perempuan mandul yang gila;
Fynn Jamal.
Setakat ini akaun Instagram dan Twitter wanita berkenaan sudah tidak dapat dikesan dipercayai sudah dinyahaktif sejak isu ini dibangkitkan.
Sumber: Fynn Jamal