berita

Rossa Sera Tak Nak Bermusuhan Dengan Shuk Sahar

July 5th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Kontroversi yang melibatkan rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah hampir menemui titik noktah.

Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Beri Bayangan Jodoh Dengan Isteri Tidak Berpanjangan

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bodoh Tertipu Dengan Bahagia Palsu’ – Shuk Sahar Merayu Dengan Sera, Janji Tak Kahwin Dengan ‘Penyondol’

Masih berusaha untuk berbincang

Ketika dihubungi, Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera berkata dia dan Shuk sudah berbincang namun masih mencari titik persetujuan bersama.

Kata Sera, dia mengharapkan pengakhiran kemelut ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sejujurnya sudah ada perbincangan antara saya dan Shuk. Tapi kami masih lagi mencari titik persetujuan bersama… masih berusaha untuk berbincang sebaiknya.

Tapi apa-apa pun, kami serahkan kepada pihak berwajib bagi menguruskan segalanya. Sudah tentu saya berharap dapat selesaikan masalah ini dengan cara terbaik untuk kami berdua.

Tak nak ada masalah

Dalam pada itu, Sera menyatakan dia enggan ada persengketaan yang timbul selain tidak mahu bermusuhan dengan pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar.

Tak ada bersengketaan, tak nak bermusuhan. Tak ada lagi masalah-masalah di masa kelak. Insya-Allah bab jaga anak, saya dan Shuk tak ada masalah.

Pada Jumaat lalu, Shuk hadir ke mahkamah dengan peguam seolah-olah memberi bayangan rumah tangganya akan berakhir.

Sebelum ini, Sera pernah mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Sumber: Instagram @rossa.sera

SKIP THIS AD ×