Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor mengakui lebih selesa tidak berkongsi mengenai kisah peribadi dan keluarganya kepada umum mahupun dalam media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan Dengan Baik, Habis Karier Saya Sebagai Pelakon’ – Rosyam Nor
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Guru Rosyam Nor Hadir Malam Gala Filem – ‘Dia Pernah Marah, Kalau Tak Suka Belajar Jadi Pelakon’
‘Kepunyaan peminat’
Bagaimanapun Rosyam atau sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata, dia tak pernah merahsiakan mengenai statusnya sebagai seorang suami dan bapa kepada lima cahaya mata.
Bagi saya tak penting orang ramai atau peminat untuk tahu siapa isteri Rosyam Nor.Tapi bila ada dunia internet sekarang ni, ada gambar saya dan isteri saya terbabas orang tengok.
Kalau dulu masa zaman surat khabar, orang tak dapat tengok anak saya siapa semua. Sekarang ini anak saya pun dah ada sosial media, jadi orang dapat ‘stalk’ atau dapat cari.
Sebab bagi saya, seorang Rosyam Nor bukan kepunyaan keluarga saya saja. Rosyam Nor adalah kepunyaan peminat-peminat saya juga. Bagi saya, biarlah mereka melihat saya seadanya untuk mereka meminati saya.
Begitulah yang saya mahukan kepada penonton bahawa saya juga hak mereka. Jadi tak perlulah orang rumah saya sibuk-sibuk dengan kerjaya saya.
Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan terkini, Rosyam memberitahu dia sangat teruja membawakan watak bernama Cikgu Sunan dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Memoir Seorang Guru.
Alhamdulillah saya mendapat naskhah dan watak yang baik. Sudah lama saya menunggu karakter yang baik seperti ini.
Bagi saya setiap babak dalam filem ini mencabar saya kerana perlu mengekalkan graf lakonan disebabkan membawa watak dalam dua era berbeza.
Untuk info, Memoir Seorang Guru bukan sekadar naskhah biasa, filem ini merupakan adaptasi daripada novel hasil karya penulis popular, Allahyarham Azizi Abdullan yang juga bekas seorang guru dan penerima Anugerah Penulis S.E.A 1998 mewakili Malaysia.
Selain Rosyam, filem yang bakal ditayangkan bermula 30 Mei ini turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Nabila Huda, Johan As’ari, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi.