Kredit foto: El Mundo Eats
Siapa sangka makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu roti canai dinobatkan sebagai salah satu makanan terbaik dunia oleh TasteAtlas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cara Fiza Sabjahan & Fatin Hamimah Tebar Roti Canai Buat Netizen Berdekah Gelak! – ‘Macam Sp*nder Koyak Dibuatnya’
Kalahkan roti naan dan prata
Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial rasmi Tasteatlas pada hari Ahad lalu. Menerusi carta berkenaan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.
Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas tetapi sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India.
Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu.