berita

Roti Gardenia Sold Out? Buat Sendiri Je, Ini Resepi Roti Loaf Homemade Sedap!

April 2nd, 2020 | by Amat
MyResipi

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan kerajaan berlangsung memang susah nak nampak roti buku dijual di mana-mana kedai. Selalu habis cepat. Kadang-kadang teringin nak makan roti bersama kaya atau jem strawberi.

Sekarang anda jangan risau lagi, boleh buat roti loaf sendiri di rumah. Resipi roti loaf yang dikongsikan Hehiman Sakuan ini memang senang nak buat dan boleh nikmati bersama keluarga tercinta.

Bahan yang diperlukan

Bagi membuat resipi sebuku roti homemade ini anda perlu menyediakan bahan-bahan seperti 3 cawan tepung gandum, 1 sudu makan marjerin, 3 sudu gula, 1 cawan susu sama ada full cream, low fat atau fresh yang suam (ikut kesukaan masing-masing), 1 sudu makan yis dan sedikit garam.

Cara membuat roti homemade

Gula digaul bersama susu pilihan anda tadi dan yis. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih sebegini. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam.

Biar adunan nampak cantik

Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi. Kemudian dibiarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik. Bentukkan ke dalam bekas dan bakar.

Sempurna!

Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning seperti di dalam gambar, keluarkan saja.

Sumber: Hehiman Sakuan

SKIP THIS AD ×