Ingat lagi tak minggu lepas kami ada menulis mengenai Zain Saidin yang tak kisah anaknya ke kelab malam? Haaa, mesti korang baca kan?
Artikel Berkaitan : Zain Saidin Tak Halang Anak Masuk Kelab Malam
Ni beberapa hari lepas, sedang seronok menjamah ketupat rendang, kami pun scroll sikit timeline Instagram. Sekali terbaca status pelakon dan pengacara terkenal, Rozita Che Wan yang bengang dengan sebuah blog hiburan.
Ekoran itu, Che Ta menerima pelbagai tuduhan dari segelintir pihak yang mengatakan Che Ta lepas tangan dan tak tau menjaga tindak-tanduk anak-anaknya.
Hari ini, Che Ta muncul lagi. Hehe. Kali ini di Harian Metro pula. Fuh, betul-betul marah ni. Kata Che Ta apa yang dituduh itu adalah satu fitnah.
Apa yang dituduh dalam blog itu satu fitnah melampau. Saya tahu gerak geri anak saya. Saya bukannya pertahankan anak secara melulu tanpa usul periksa.
Saya sendiri mengikuti akaun Instagram dia, jadi saya tahu dimana dia berada dan dengan siapa dia keluar. Lagipun, apa saja dia nak buat, dia akan beritahu saya dulu.
Kata Che Ta lagi, dia meminta semua pihak menghentikan tuduhan tersebut. Katanya, dia sendiri tahu bagaimana ingin menghukum anak-anak jika mereka melakukan kesalahan.
Kalau salah, saya sendiri tahu untuk menghukum mereka, tapi kalau tak buat salah, kenapa pula orang luar nak lebih-lebih?
Itulah serba sedikit luahan hati Che Ta. Hmm, sebenarnya ini bukanlah kali pertama perkara ini terjadi, sebelum ini pun pernah kecoh mengenai Che Ta yang membenarkan anaknya ke Future Music Festival Asia (FMFA) yang lalu.
Apapun, kami harap Che Ta sabar dan anggap ini sebagai dugaan bergelar selebriti. Iyalah, kalau dah ibu bapa poular, anak-anak pun turut menjadi perhatian masyarakat. Tak gitu?
UPDATE:
Rozita melalui keterangannya kepada Mstar menyangkalkan dakwaan bahawa anaknya sering ke kelab malam.
“Anak saya Ammar Effendy tidak pernah ke kelab malam, tentang keizinan itu memang dia sentiasa meminta izin untuk keluar termasuk pada waktu malam, itu pun kalau dia ingin lepak dan jumpa kawan-kawannya sahaja.
“Cuma selepas dia minta izin saya sudah tidak boleh pantau lagi dia pergi mana, namun saya harap kebebasan yang saya beri tidak disalahgunakan, kata Rozita Che Wan.
Kredit Foto : Instagram Rozita Che Wan