berita

Rozita Che Wan Tutup Aurat Kerana Doa Zain Saidin

March 6th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-03-06 at 11.12.49

Dulu kami pernah beranggapan bahawa Che Ta yang sememangnya sudah cantik pasti akan kelihatan lebih jelita apabila dia bertudung. Dan ternyata, apa yang dibayangkan oleh kami dan peminat betul-betul menjadi kenyataan.

Menurut laporan myMetro, Che Ta terdorong untuk berhijab atas berkat doa dan hasrat suaminya, Zain Saidin yang ingin melihat isterinya itu menutup aurat.

Artikel berkaitan:

Rozita Che Wan Berhijab-3

Bersyukur Diberikan Hidayah

Screen Shot 2015-03-06 at 11.11.47

Tak tahu nak gambarkan perasaan sekarang. Yang pasti saya rasa sangat tenang dan seronok dengan perubahan ini.

Saya memang sudah lama tanam niat (untuk berhijab) cuma sebelum ini mungkin hati tak dibuka sepenuhnya lagi. Urusan berhijab bukan benda main-main dan perlu ambil serius setiap aspek. Persediaan diri kena diambil kira sebab saya seorang selebriti.

Apabila saya sudah bersedia, saya cuba-cuba pakai pada sambutan hari lahir Zain ke-31, minggu lalu dan selepas itu kami menunaikan umrah. Sejak itu, saya semakin selesa dan yakin. Alhamdulillah saya sangat bersyukur sebab diberikan hidayah ini.

Kami doakan agar Che Ta terus istiqamah dengan perubahan ini dan semoga rumahtangga Che Ta-Zain terus bahagia di samping anak-anak.

Kredit foto : Instagram Rozita Che Wan

SKIP THIS AD ×