berita

Ruffedge Tampil Dua Karya Baru, Lah Ahmad Muncul Sebagai Penampilan Istimewa

October 25th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Bagai memiliki kuasa magis, kumpulan vokal hip-hop dan R&B popular, Ruffedge terus tersemat di hati peminat sepanjang usia 25 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Artikel Berkaitan: Ruffedge Ubati Kerinduan Peminat, Umum Konsert Jelajah Ruffera ‘That Moment In Time’

Tanda penghargaan kepada peminat

Menyemarakkan industri seni tempatan, Ruffedge tampil dengan bukan saja satu malah dua buah tangan baharu iaitu Belenggu dan Putus.

Semangat kumpulan itu kembali membara sejak kejayaan mereka mengadakan Konsert Ruffera That Moment In Time yang berlangsung di Kuala Lumpur dan Singapura beberapa bulan lalu.

Mereka sangat teruja dengan buah tangan terbaharu sekali gus mempunyai makna yang tersendiri.

Lebih istimewa, dua karya itu dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya muzik mereka.

Kumpulan Ruffedge yang terdiri daripada Zain Hamid, Sein, Azan, Mode, dan Cat Farish meluahkan keterujaan dengan buah tangan terbaharu mereka.

Lagu Belenggu dan Putus menampilkan Suffren Ghafar selaku penerbit buat peminat kumpulan yang diasaskan pada tahun 1998 itu.

Manakala lagu Putus pula melibatkan kolaborasi bersama Lah Ahmad sebagai penampilan istimewa dalam single itu.

Sudah tentu nama Lah Ahmad tidak asing lagi untuk tampil bersama Ruffedge. Gabungan dinamik ini pastinya akan memberikan kesan yang mendalam buat pendengar dan peminat setia mereka.

SKIP THIS AD ×