Pelakon Ruhainies meluahkan rasa kurang senang apabila berita mengenai seorang pempengaruh dikenali sebagai Abang Tesla sering keluar di ‘timeline’ media sosial miliknya sejak beberapa hari yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kisah Abang Tesla Buat Saya Teringat Kenapa Tak Kahwin Lelaki Melayu’ – Sasha Abdul Aziz
Artikel Berkaitan: Abang Tesla Bertalu Dikecam! Isteri Pertama Akhirnya Buka Mulut – ‘Hanya Kita & Allah Mengetahui’
Stress dan anoyying
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ruhainies berpendapat orang ramai hendaklah berhenti daripada terus bercakap mengenai kisah Abang Tesla yang bernikah sekali lagi.
Malah, Ruhainies berkata, sekiranya pempengaruh itu mahu berkahwin lagi, dia tidak perlu menjadikan berita pernikahannya sebagai konten.
Rasanya dah lima hari isu Abang Tesla itu tak berhenti lalu dekat timeline saya. Annoying (menyampah) tahu tak. Cukup-cukuplah.
Nak kahwin dua, tiga, empat pun ikut suka hatilah. Tak perlu semua perkara nak dimuat naik. Tak suka tahu tak. Stress dan annoying.
Bagi kenyataan pun menyakitkan hati dan kurang bijak.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, aktres itu berkata dia berasa ‘turn off’ dengan sikap Abang Tesla yang menggunakan pasangannya sebagai konten di media sosial.
Dia sendiri post selepas itu dia sendiri stress sebab kena kecam. Omg (Oh my god), lelaki macam ini sangat major turn off (tidak suka).
Gunakan pasangan untuk konten TikTok dia. Ingat perempuan ini status ke?
Jika awak (isteri pertama) tidak gembira, tinggalkan dia sahaja.
Terdahulu, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam mengejutkan pengikutnya apabila dia mengumumkan telah bernikah sekali.
Menurut Abang Tesla, perkahwinan keduanya telah mendapat restu daripada isteri pertamanya dan akui reda dengan pernikahan tersebut.
Bagaiamanpun, tindakan pempengaruh berasal dari Johor itu telah mengundang rasa marah dalam kalangan wargamaya terutama golongan wanita.
Sumber: Instagram (Ruhainies)