Sebelum ini, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi kata-kata seorang tokoh agamawan mengenai akibat menyebarkan aib orang lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Pada Aliff Aziz – ‘Peluang Demi Peluang Sudah Diberikan’
Golongan haram disentuh api neraka
Terbaharu, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkongsi empat golongan manusia yang haram disentuh api neraka. Golongan tersebut adalah Hayyin, Qarib, Layyin dan Sahl.
Menerusi perkongsian berkenaan, Hayyin bermaksud orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.
Manakala Qarib pula, orang yang akrab, ramah diajak bicara. Menyenangkan bagi orang yang diajak bicara dan murah senyum jika bertemu.
Selain itu, Layyin pula membawa maksud orang yang lembut dan santun. Baik dalam bertutur kata atau sikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan sesama manusia.
Akhir sekali, Sahl iaitu orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap masalah.
Sejak minggu lalu, nama Ruhainies kecoh diperkatakan dalam media sosial selepas dia dan aktor Aliff Aziz ditahan oleh Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah terletak di ibu kota.
Isteri Aliff iaitu Bella Astilla turut hadir ke pejabat JAWI susulan suaminya ditahan namun tidak memberikan sebarang kenyataan disebabkan masih berasa terkejut.
Sementara itu, Aliff dan Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story masing-masing ada mengeluarkan kenyataan dengan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar termasuk menidakkan dakwaan mereka ditangkap basah.
Semalam, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama sebutan kes perceraian yang difailkan terhadap Aliff. Namun aktor itu tidak menghadirkan diri dengan alasan terlibat penggambaran.
Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian pasangan itu.
Sumber: Instagram Ruhainies