Pelakon, Ruhainies sekali lagi mencuri tumpuan ramai susulan perkongsiannya di Instagram Story (IG Story) berhubung takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan dalam kehidupan setiap individu.
Artikel Berkaitan: Ruhainies Kongsi 4 Golongan Haram Disentuh Api Neraka, Antaranya ‘Layyin’ Iaitu Orang Yang Tidak Ikut Hawa Nafsu
Perkongsian Ruhainies di IG Story
Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkongsi kata-kata hikmah yang mengatakan bahawa setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seseorang pasti ada sebab tertentu. Tidak kiralah sama ada yang berlaku itu perkara sedih, gembira, kejayaan, kegagalan atau sebagainya.
Manusia tidak akan datang dan pergi dalam hidup seseorang tanpa sebab. Pengajaran yang kita belajar dan rasai sama sekali tidak berlaku secara spontan sebaliknya itu semua sudah tertulis.
Sentiasa akan ada satu impian, destinasi akhir yang kita sendiri tidak akan tahu selagi kita belum mencapainya. Untuk itu, kita perlu mendaki gunung untuk mencari makna disebaliknya. Kita perlu memberi perhatian kepada persekitaran dan semua orang di sekeliling kita terutamanya mereka yang sayang dan tinggalkan kita.
Dalam potongan ayat tersebut, turut menerangkan tentang pengajaran yang seseorang boleh pelajari daripada kehadiran individu lain dalam kehidupan kita. Oleh itu, setiap individu perlu menghargai setiap liku-liku kehidupan yang sudah ditakdirkan buat kita.
Sebelum ini, seorang wanita yang mengaku dirinya kekasih kepada pelakon sensasi, Aliff Aziz mendakwa aktres Ruhainies telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella Astillah.
Wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine turut mendakwa mempunyai bukti perbualan perancangan yang dilakukan oleh Aliff dan Ruhainies.
Sumber: Instagram Ruhainies