Pelakon Ruhainies menjelaskan sebab dia tersenyum ketika hadir ke mahkamah bagi pertuduhan kes khalwat bersama pelakon Singapura, Aliff Aziz pada pagi Rabu.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes Khalwat?
Senyum nampak rakan media
Ketika ditemui OhBulan!, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia sangat teruja melihat rakan media berkumpul di perkarangan mahkamah.
Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini. Saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa dengan kalian semua. Saya bersyukur sebab kalian sudi datang awal pagi untuk prosiding hari ini.
Tambah pelakon drama ‘Terjerat’, dia juga merupakan seorang yang tidak pandai untuk berlakon menangis secara sengaja di depan kamera.
Mengenai itu, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera.
Ruhainies berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas prosiding pertuduhan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Ketika ditanya adakah hadir bersama Aliff, Ruhainies menggelengkan kepalanya dan memaklumkan bahawa mereka hanya berjalan bersama memandangkan kereta diparkir berdekatan.
Eh tidak, kami datang asing cuma waktu datang mahkamah sahaja sama dan kami parkir secara berdekatan.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dilakukan mereka.
Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan difahamkan tujuan mereka hadir adalah berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.
Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.
Video
@ohbulanofficial Replying to @???? ????? Awwww Ruhainies excited nak jumpa min ? #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #ruhainies #mengaku #tak #bersalah #khalwat