berita

Ruhainies Tak Bagi Aliff Aziz Pulangkan Kereta Bella, Tunggu Sampai Kena Tarik? – ‘Hantar Kedai, Buang Semua Recorder’

April 25th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon, Ruhainies tidak membenarkan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz untuk mengembalikan semula kereta pemberian isterinya, Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Diuji Macam Ni, Mungkin Saya & Awak Kurang Ingat & Berharap Pada Allah’ – Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chacha Maembong Tak Rapat Dengan Ruhainies, Pelik Nama Kena Petik Isu Bella Astillah – ‘Saya Tak Kacau Tepi Kain Orang’

‘Nanti baru bincang tukar nama’

Menerusi perbualan WhatsApp yang dibongkarkan oleh Sarah Yasmine, Aliff memberitahu kepada Ruhainies bahawa dia ingin memulangkan semula kereta milik Bella kerana tidak mahu merumitkan lagi keadaan. 

Tetapi, Ruhainies tidak membenarkan sebaliknya menyuruh Aliff menggunakan sahaja kenderaan itu buat sementara waktu bagi memudahkan pergerakan.

Kalau awak tanya saya, pegang je dulu. Saya nak awak hantar kedai check recorder apa semua tu, buang. Sebab awak pergi dekat-dekat je, bukan jauh. At least awak ada transport untuk nak plan dapatkan yang baru.

Jangan bagi dulu, 6 bulan tak bayar baru kereta tarik. Nanti baru bincang tukar nama.

Sementara itu, Aliff memberitahu bahawa dia tidak tahu bagaimana mahu membayar ansuran kereta tersebut selain tidak mempunyai lesen memandu.

Umi saya suruh bagi balik sebelum jadi masalah tambahan bagi saya. Saya tawakal lah ya, sayang.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai pendedahan mengejutkan tentang perbualan romantis antara Ruhainies dan Aliff Aziz selain perancangan mereka yang didakwa mahu menjatuhkan Bella.

Bukti perbualan?

Sumber: IG Sarah Yasmine

SKIP THIS AD ×