Tular di media sosial kek sempena hari ulang tahun kelahiran pelakon Ruhainies yang dikatakan sama dengan muka ‘mak nyah’ terkenal di Thailand.
Artikel berkaitan: [FOTO] Tak Tau Nak Gelak Ke Nak Sedih, Rupa Kek Ruhainies Jadi Bahan Jenaka
Bagaimanapun, pelakon itu tidak langsung terasa hati dengan ‘gurauan’ netizen. Malah, dia juga baru tahu kewujudan ‘mak nyah’ yang diperkatakan ramai itu.
Biar kek dikecam, tapi sedap
Ruhainies langsung tidak menyangka kek pemberian peminat itu dikatakan sama dengan wajah mak nyah Thailand. Dia bagaimanapun menghargai kejutan dan pemberian dari peminat yang sentiasa ingat dirinya.
Awalnya, saya tak jangka kek ini akan tular hingga dikaitkan menyamai wajah mak nyah. Saya sendiri baru tahu mengenai kewujudan mak nyah yang dimaksudkan.
Namun, saya menghargai usaha peminat membuat kek pada saat akhir. Malah, Syauki (peminat) ada menghantar mesej langsung di IG memohon maaf apabila ia menjadi tular. Syauki beritahu akan membuat kek lebih baik jika ada masa panjang.
Saya tak terasa hati, malah anggap ia hanya usikan netizen. Ada sahaja pada pandangan mata, lagi pun kek berkenaan bukan berwajah saya. Peminat hanya menyediakan kek berwajah seorang wanita. Apa yang penting, biarpun kek ‘dikecam’ rasanya sangat sedap dan habis dimakan.
Tak sangka ada sudi buat kejutan
Setiba Ruhainies di salah sebuah hotel di Pulau Langkawi, dia dikejutkan dengan kehadiran peminat yang menanti.
Saya berada di Pulau Pinang kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Itupun selepas saya berjaya melunaskan kerja penggambaran lebih awal.
Tak sangka ada peminat sudi membuat kejutan dan menyambut hari lahir saya lebih awal. Mereka datang ke hotel penginapan untuk membuat persiapan dan dekorasi.
Sambil bercuti di Pulau Langkawi, saya sambut hari lahir sekali. Setakat ini, saya selesa menikmati kehidupan sebegini biarpun berjauhan dengan buah hati.
Sumber: BH Online