berita

Rumah Hadiah Perkahwinan Umie Aida Dilelong RM2.1 Juta

January 12th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-01-12 at 1.20.55 PM

Hujung minggu lalu, kecoh seketika industri hiburan tanah air apabila rumah suami kepada pelakon Datin Umie Aida, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang terletak di Mont Kiara telah dilelong.

Kalau nak tahu, unit kondominium mewah yang terletak di kawasan kediaman elit Mont Kiara itu telah dijual pada harga RM2.1 juta.

Kondominium hadiah perkahwinan dilelong

KONDO / KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Pada yang masih tak tahu, sebenarnya kondominium tersebut merupakan hadiah perkahwinan dari suaminya untuk Umie pada 14 Mac 2010 yang lalu.

Kini, rumah mewah unit ‘penthouse’ ini telah pun menjadi milik seorang wanita berusia 40-an.

Kondominium Umie, Kiara 1888?

kiara1888_ban4

Apabila kami buat research sedikit mengenai kondominium ini, kami dapati ia mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan kondominium Umie Aida.

Untuk pengetahuan, Kiara 1888 merupakan sebuah kondominium mewah yang mempunyai 5 bilik dengan keluasan 3,950 sq ft. Kalau korang nak tahu, kondo mewah ini harganya mencecah RM2.4 juta seunit.

Malah, kalau korang nak menyewa pun disana, sebulan sahaja dah mencecah RM9000. Pergh! Kalau kami memang tak tercapai dek akal nak tinggal disini.

Umie Aida redha

Screen Shot 2015-01-12 at 1.25.44 PM

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Siapa yang sanggup melihat hadiah perkahwinan yang diberikan si suami kini dimiliki orang lain kan?

Namun, Umie redha dengan ketentuan buat dirinya. Malah, kata Umie, dia akan sentiasa berada dibelakang suaminya.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×