berita

Rumah Pink Dibaling Telur?

September 28th, 2012 | by Ai
Hollywood

Sambutan keterlaluan? Pink menerima kejutan yang agak keterlaluan apabila rumahnya di serang dengan beberapa biji telur pada malam tadi.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Raise Your Glass’ itu bangkit dari tidur dengan perasaan yang agak terkejut apabila mendapati sebanyak 12 biji telur di lemparkan di rumahnya.

Pink turut menyatakan pada laman twitternya, “kami mendapat sambutan yang baik malam tadi daripada jiran-jiran sekeliling dengan beberapa biji telur yang dilemparkan di depan pintu”. Tambah beliau, “kami juga menerima beberapa potong Anzac, jadi semuanya amat baik”.

Penyanyi tersebut kemudiannya berlawak dengan berpendapat bahawa melemparkan telur merupakan tindakan yang wajar. Namun, sesetengah pengikut beliau di dalam laman sosial memberi nama yang kurang baik kepada negara Australia selepas kejadian itu.

SKIP THIS AD ×