berita

Rumah Tiba-Tiba Kemas, Lauk Pauk Tersedia Atas Meja, Kisah Misteri Dikatakan Gangguan Bunian

May 13th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, seseorang harus percaya dengan kewujudan alam ghaib. Selain manusia, terdapat makhluk ciptaan Allah SWT yang turut menumpang hidup.

Seperti kisah yang diceritakan Qiqi atau Tok di Facebook, seorang individu mengadu terkena gangguan makhluk halus di mana rumahnya tiba-tiba dikemas rapi.

Seperti ada penghuni lain

Hamba Allah mengadu pada tok, rumahnya seperti ada penghuni lain, mangsa pelik, kadang-kadang dimejanya ada lauk masih hangat, pinggan mangkuk lepas bebuka, lepas solat nak basuh pinggan, pinggan dah siap basuh siap susun, dapur bersih seperti ada yang kemas, bilik air sentiasa wangi, bersih, lewat malam lampu menyala sendiri, sebelum sahur lampu terbuka, kadang dengar orang mengaji dalam rumah, layan tv mata terlelap, tahu-tahu, tv dah tutup, baju berbakul tak lipat masuk bilik, dah siap lipat siap susun. Puasa yang ke 5, bangun sahur kelewatan. Pagi dapur ada air kopi panas dan biskut dah tersedia. Kalian rasa apa yang sebenarnya terjadi di rumah hamba Allah ini? 3 hari tok solat hajat, malam. Ke 3 tok mimpi ada sepasang suami istri berbaju serba putih, cantik dan rupanya bersinar. Tok lihat dia buat sarapan mengemas rumah hamba Allah ini. Hamba Allah ini bujang lagi. Bila tok rujuk dengan guru tok. Dia kata rumah hamba Allah ini berkongsi dengan penghuni ghaib bunian. Benar atau tidak. Wallahhualam. InsyAllah balik je tok dari Seremban. Tok akan cuba bantu pergi ke rumah hamba Allah ini. Mohon semua mendoakan semoga Allah permudahkan urusan tok ye.

Nampak bayang-bayang

Sekadar gambar hiasan

Kisah ke 2 bunian.
Tok copy kisah yang diceritakan hamba Allah ini.
Malam tadi saya diganggu lagi la tok, sumpah tok, bantulah saya. Kali ini tok, saya cuba sepahkan ruang tamu, saya tunggu, nak tengok siapa kemas rumah saya tok, saya dah baca tok post dekat fb tok kisah saya, oranng comment cakap macam-macam untunglah ada pembantu, tapi mereka tak merasai.

Tok, malam tadi lepas saya sepah-sepahkan rumah saya, saya tinjau tok dari bilik, saya nampak 2 bayang-bayang macam lutsinar jernih air tok dia kemas rumah saya, dia bebel-bebel tok, kata saya pemalas, saya cerita orang tak percaya tok. Karpet rumah saya bersih tok, pasir takda mereka bersihkan, habuk semua takda tok, paling saya terkejut tok, barang-barang lama yang saya memang berniat nak buang mereka dah siap-siap buang bakar tok.

Pagi saya bangun, saya keluar rumah. Ada longgokan api yang membakar barang-barang saya tok, saya ambik gambar nak tunjuk pada tok tapi gambar saya ambik semua hilang tok. Saya balik kerja ni tadi sya beli tapau kat luar, pergi dapur tengok ada tudung saji atas meja, saya bukak ada lauk kari daging, sayur kangkung tok. Saya tengok dalam peti ais saya tok lauk-lauk bahan mentah saya beli semua yang ada atas meja saya tok dah dimasak. Saya makan tok, sedap sangat, sama macam arwah mak saya masak tok.

Allah tok tolong lah saya tok, 2 hari lepas, saya balik saya cakap sendiri. Marah sebab ada orang curi kasut kerja saya tok, baru lagi. Paginya saya nak pergi kerja, saya terkejut, kasut saya ada semula, ada kertas bertulis.

Mintak maaf, saya pulangkan kasut tuan, saya tak tahan kena kacau. Maafkan saya.

Apa semua ni ye tok? Maaf tok, saya ganggu tok, tapi saya berharap tok dapat bantu saya. Datanglah tok, tok ada call saya tanya ada apa-apa tak saya ambik barang bukan-bukan?

Saya tak pasti la tok adakah sebab barang saya ambik tu, jadi macam ni, atau adakah arwah mak saya selepas dia meninggal ada yang tak kena. Nanti saya call tok, bila saya nak call tok, mesti saya lupa apa saya nak ceritakan. Saya tak tahu kenapa. Sebab tu saya mesej tok. Ni pon tangan menggigil-gigil tok.

Sumber : Qiqi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×