berita

Ruminah Sidek Bakal Berbulan Madu Di Tanah Suci

May 19th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Mak Mah

Rasanya masih belum terlambat buat kami untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Ruminah Sidek dan suami iaitu Al Fatah Rahim yang sudah pun mendirikan rumahtangga minggu lepas.

Untuk pengetahuan, Ruminah Sidek atau lebih dikenali sebagai Mak Mah sah bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan itu dengan sekali lafaz.

Pasti ramai yang nak tau kemana agaknya destinasi bulan madu Mak Mah dan pasangan bukan? Dengar cerita, Mak Mah dan suami ada merancang untuk ke Tanah Suci Mekah.

makmah6

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini bercadang untuk mengerjakan ibadah haji kerana di sanalah pertama kali Mah Mah bertemu dengan suami itu.

Janggal rasanya sebut bulan madu, sudah tua. Tetapi Mak Mah dengan suami memang ada merancang untuk mengadakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

Di sana bukan saja boleh beribadah, mendapat ketenangan dan keredaan Ilahi tetapi juga ia memberi kenangan istimewa buat Mak Mah dan suami kerana di sanalah pertama kali Mah Mah bertemu dengan suami semasa mengerjakan umrah di Makkah pada Mac lalu.

Dalam pada itu, Mak Mah meluahkan rasa syukur dan gembira majlis perkahwinannya minggu lalu berjalan dengan lancar dan dan mendapat restu ­keluarga kedua-dua pihak.

Apapun, kami doakan Mak Mah dan pasangan akan kekal bahagia dan semoga hajat mengerjakan ibadah haji bersama dipermudahkan.

SKIP THIS AD ×