berita

‘Run Bella Run, Dah Berapa Peluang Awak Bagi’ – Netizen

March 9th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, rata-rata netizen dilihat memberi semangat buat Bella Astillah berikutan dakwaan suaminya, Aliff Aziz yang didakwa dicekup berkhalwat bersama seorang pelakon di sebuah kondominium mewah pada awal pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Artikel Berkaitan: Kakak Pelakon Wanita Popular Datang Ke Kondominium Mewah Selepas Dihubungi

Run Bella run

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di ruangan komen, netizen berharap Bella tabah dengan ujian yang melanda. Tambah netizen, Bella layak untuk ‘move on‘ dan ‘angkat kaki‘ daripada ikatan perkahwinan yang dibina. Ujar netizen lagi, mereka bersimpati melihat Bella yang sentiasa memberi peluang buat suami tercinta untuk berubah.

Setakat waktu ini, OhBulan! cuba untuk menghubungi dan menghantar mesej kepada Bella namun, tidak dibalas.

Terdahulu, satu demi satu terbongkar apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara mendedahkan kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×