Media melaporkan 9 warga asing dan 2 warga Malaysia didenda RM1000 kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP). Kesemua 11 lelaki itu ditahan ketika berjogging di kawasan kediaman mereka di Mont Kiara. Seorang pelari otai, Yim Heng Fatt membuktikan larian boleh dibuat di dalam rumah juga, malah mampu mencapai jarak ultra maraton lagi!
Bermula 6 pagi 4 April
Larian dalam rumah itu dimulakan Yim pada 4 April 2020 lalu sekitar jam 6 pagi. Larian tersebut sepenuhnya dibuat dalam rumahnya yang secara anggaran hanyalah 50 meter untuk satu pusingan. Dia telah melengkapkan 5,260 pusingan (loops) dalam 36 jam.
Berhenti pakai stokin di kilometer 30
Lengkapkan jarak maraton penuh dalam masa kurang 5 jam
Yim melengkapkan jarak maraton penuh (full marathon) iaitu 42 kilometer dalam masa 4 jam 54 minit dengan purata menyudahkan 1 km (pace) dalam 6 minit 49 saat.
Check point tersedia makanan, ais
Akhirnya selesai dalam masa hampir 36 jam
Yim yang cukup dikenali dalam kalangan komuniti larian menghabiskan jarak 263 km kerana angka itu bermaksud hidup abadi dalam bahasa Kantonis. Dia turut berterima kasih kepada rakan-rakan yang memberi sokongan sepanjang 36 jam tersebut.
Laluan larian loop 263 km dalam rumah
Sumber: Yim Heng Fatt