Siapa sangka percutian bulan madu bagi pasangan suami isteri ini menjadi musnah selepas si isteri mengetahui bahawa ‘suaminya’ adalah seorang wanita.
Artikel Berkaitan: Anak ‘Kantoi’ Kene Buang Kolej, Sanggup Tikam Ibu 30 Kali Di Leher Sampai Mati
Artikel Berkaitan: Ayat Manis Abang Polis Buat Wanita Ini Cair Sampai Nekad Minta Cerai, Kantoi Menipu Selepas Lakukan Hubungan Seksual
Artikel Berkaitan: Tak Nak Kantoi Ada Skandal, Wanita Lempar Anak Dari Balkoni Sampai Mati
Hanya mampu menangis
Menerusi laporan Kompas, wanita bernama Ida Susanti itu berkata dia hanya mampu menangis sebaik sahaja mengetahui berita tersebut. Tambah Ida, dia tidak pernah terlintas akan berkahwin dengan kaum sejenis.
Kisah Ida ini mendapat perhatian selepas seorang individu membuat pendedahan di TikTok. Menerusi akaun tersebut, Ida menceritakan bagaimana dia berkenalan dan berkahwin sehingga rahsia ‘suaminya’ terbongkar.
Pasangan ini bernikah pada 30 Julai 2000, dan sehari selepas itu mereka berbulan madu ke tiga negara. Namun, bulan madu yang diharapkan bahagia itu tidak menjadi kenyataan apabila ‘suaminya’ membuat pengakuan sebagai seorang wanita. Wanita yang menyamar itu mengaku berkahwin dengan Ida bukan kerana inginkan isteri tetapi mahukan peneman.
Perjalanan pertama kami di Bangkok, kami menginap di sebuah hotel. Ketika itulah ‘suami’ mengatakan, dia tidak perlukan isteri dan hanya mahukan seseorang yang boleh menemaninya ke mana saja. Lalu ia mengaku bahawa dia adalah seorang wanita.
Ida yang terkejut dengan pendedahan itu pun menangis dan bertengkar dengan ‘suaminya’. Difahamkan, Ida dan ‘suaminya’ berkenalan pada Jun 2000 menerusi pesanan sistem pesanan ringkas (SMS).
Pada 26 Jun 2000, ‘suaminya’ itu datang bersama kakaknya untuk menemui Ida. Ida tak berasa hairan atau janggal kerana di sijil kelahiran, tertulis ‘suaminya’ itu lahir sebagai lelaki. Tiga minggu kemudian, ‘suaminya’ datang ke rumah untuk melamar. Ida berkata, selepas rahsianya terbongkar wanita itu turut memukul Ida dan mengancam membunuhnya.
Saya sangat terkejut dan menangis. Kami bertengkar, malah saya dipukul serta diancam bunuh. Dia juga meminta saya menguruskan ibu bapa dan tiga anak angkatnya.
Sumber: Kompas