Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery memaklumkan dirinya telah dijangkiti penyakit ‘Chicken Pox’ sejak tiga hari yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryan Bakery Dedah Isteri Sedang Hamil 5 Bulan – ‘Kalau Lelaki Nama Ryan Ezra, Kalau Perempuan Raysha Ezra’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bermula Dengan Menjual Popia & Ikan Beta, Ryan Bakery Kongsi Pahit Manis Bergelar ‘Content Creator’
Chicken Pox
Menurut Ryan, penyakit tersebut telah menyebabkan dia berasa sakit pada tekak, demam dan sengal sendi.
Memang sakit bila kena Chicken Pox ni. Tekak saya sakit perit, demam, sengal-sengal badan, pening. Memang tak larat.
Chicken Pox ni macam cacar air, ada bintik-bintik berair timbul. Dalam mulut pun ada, sampai susah nak makan.
Ryan memaklumkan mengenai perkara itu dalam sesi siaran langsung yang dilakukannya di TikTok, pada Ahad.
Dulu saya pernah kena masa sekolah menengah. Itu kira dah besar la juga kan.
Saya tanya doktor, bukan ke sekali seumur hidup kena, doktor jawab memang ada kes orang yang kena dua kali. Tapi peratusnya sedikit sahaja, sangat jarang berlaku.
Dalam pada itu, pemenang Popular Creator Of The Year pada Anugerah TikTok 2023 itu berkata, dia terpaksa menangguhkan segala urusan kerjayanya buat sementara waktu.
Saya terpaksa rehat daripada semua urusan kerja saya. Kena ambil cuti lama sikit. Semua kerja saya terbantut seketika, terpaksa di hold sekejap.
Sumber: TikTok