berita

Sabhi Saddi & Marsha Sama-sama Lafaz Cinta

January 23rd, 2014 | by Ai
Kini Trending

SABHI SADDI-779150

Jangan pula anda terkejut sebaik membaca tajuk di atas. Kerana apa yang pasti, Sabhi Saddi telah berkahwin dan tidak mungkin akan menjalin hubungan cinta dengan Marsha Milan Londoh.

Namun jika anda nak tahu, Sabhi Saddi telah menampilkan suara lunak Marsha di dalam single terbarunya berjudul Cinta Sesungguhnya.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan komposer Indonesia, Bamby Nor dan dijangka mampu mencairkan hati pendengar-pendengar dengan melodi dan lirik yang meruntun jiwa.

SABHI SADDI-779196

Untuk pengetahuan anda juga, Cinta Sesungguhnya berjaya mengukuhkan kedudukannya selama 13 minggu di dalam carta Suria30 sebelum diangkat sebagai Naib Juara.

Lebih menarik lagi, balada terbaru ini turut digunakan sebagai lagu tema drama bersiri siaran TV Al-Hijrah berjudul Aku Ada Wali.

Bagi yang masih belum berkesempatan mendengar Cinta Sesungguhnya di corong-corong radio, apa kata anda mainkan video di bawah ini dan saksikan penghayatan Sabhi Saddi sewaktu menyampaikan lagu tersebut secara akustik.

OHBULAN! juga sertakan trailer drama Aku Ada Wali yang turut menampilkan Sabhi Saddi sebagai salah seorang pelakonnya. Semoga terhibur!

http://www.youtube.com/watch?v=Tetz_M6s6Iw

SKIP THIS AD ×