berita

Sabotage : Penuh Adegan Ngeri & Ghairah, Arnold Schwarzenegger Tapau Pelakon Lain

April 4th, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

Sabotage-Poster-slice-585x364

Semalam iaitu 3 April 2014 merupakan hari pertama filem Sabotage mula ditayangkan di panggung-panggung wayang seluruh Malaysia.

Membaca judulnya sahaja, pasti anda dapat mengagak bahawa filem ini bergenre aksi thriller namun Sabotage bukanlah karya biasa kerana pengarahnya, David Ayer menampilkan adegan-adegan panas di atas ranjang yang boleh dikatakan sedikit keterlaluan.

Bukan itu sahaja, Sabotage juga tidak menapis babak-babak mengerikan sewaktu adegan tembak-menembak berlaku termasuklah ketika penonton dipertontonkan keadaan mayat yang dibunuh dengan dahsyat sekali.

sabotage-violent

Mungkin bagi penggemar filem ganas, Sabotage diibaratkan sebagai gula-gula kapas buat mereka tapi harus diingat ianya diklasifikasikan sebagai 18 dan tidak sesuai ditonton bersama anak-anak kecil.

Bagi yang tertanya-tanya tentang jalan cerita Sabotage, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan ejen Drug Enforcement Administration (DEA) yang berdepan masalah selepas wang berjumlah US$10 juta lesap secara tiba-tiba.

Diketuai Breacher (Arnold Schwarzenegger), DEA turut dianggotai oleh Grinder (Joe Manganiello), Sugar (Terrence Howard), Monster (Sam Worthington) dan isterinya, Lizzy lakonan Mireille Enos.

Mireille-Enos-Joe-Manganiello-and-Arnold-Schwarzenegger-in-Sabotage-2014-Movie-Image

Seperti biasa, apa sahaja watak yang dipegang oleh Schwarzenegger amat sukar untuk ditandingi pelakon lain walaupun dikelilingi bintang-bintang berbakat di dalam filem berkenaan.

Menerusi Sabotage pula, Schwarzenegger membuatkan penonton kagum dengan karakter dominannya sebagai seorang ketua berwibawa dan juga sebagai seorang suami kematian isteri yang menyimpan dendam kesumat.

Konflik filem ini memuncak apabila setiap seorang ejen dibunuh dengan kejam secara bergilir-gilir atas sebab yang tidak diketahui hingga beberapa orang sahaja yang tinggal termasuk Breacher.

04

Sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab di atas kematian anak-anak buahnya, Breacher terdesak untuk mencari pembunuh itu dengan bantuan seorang detektif, Caroline Brentwood lakonan Olivia Williams.

Pelbagai suspek dikenalpasti termasuklah kartel dadah berbahaya yang pernah berurusan dengan mereka suatu ketika dahulu. Namun hingga ke penghujung tayangan, barulah penonton didedahkan dengan rahsia besar dan dalang kepada perpecahan kumpulan mereka.

Mungkin pada pertengahan tayangan, penonton sudah boleh mengagak siapakah pembunuhnya. Tapi jangan terkejut sekiranya penjahat paling kejam dalam filem ini bukanlah suspek yang anda sangkakan.

Jangan lupa menonton Sabotage untuk mengetahui dari mana datangnya wang sebanyak US$10 juta itu dan apakah kegunaannya kepada ejen-ejen DEA. Siapa pula yang mencuri wang itu tanpa pengetahuan mereka? Ikuti penyiasatan Breacher untuk mendapatkan jawapannya. Selamat menonton!

http://www.youtube.com/watch?v=J57mXT9lAfE

SKIP THIS AD ×