berita

Sah, Ultraman Akan Sertai Keluarga Marvel Tahun Depan!

November 26th, 2019 | by faris
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan watak hero terkenal Ultraman? Sebahagian besar daripada kita mungkin membesar menonton siri Ultraman sehinggalah meningkat dewasa. Berita gembira untuk peminat hero yang berasal dari Jepun ini kerana khabarnya gergasi Marvel dan Tsuburaya Productions akan berkolaborasi menghasilkan Ultraman!

Umum di Tokyo

Marvel Entertainment dan Tsuburaya Productions mengumumkan kolaborasi menerbitkan Ultraman bukan filem namun komik dan novel grafik! Berita mengujakan peminat itu diumumkan pada Tokyo Comic Con, dan akan dilancarkan pada tahun depan.

Dihasilkan pertama kali pada tahun 60-an dengan lebih 50 tahun ditayangkan, hero ini telah menghiburkan peminat seluruh dunia di skrin selain manga dan komik. Hari ini, Ultraman kekal menjadi fenomena global dan kekal mengumpul peminat dengan aksinya.

Umum Ultraman Multiverse tahun 2020

Menurut ketua pengarang CB Cebulski, Ultraman telah membawa pengaruh besar kepada peminat menerusi pelbagai media.

Seperti Marvel, Ultraman telah menawan hati generasi demi generasi dan kekal digemari siri televisyen, filem, mainan, game, komik dan sebagainya. Kami teruja mengumumkan lembaran baru Ultraman Multiverse tahun depan.

Ketua pegawai operasi (CEO) Tsuburaya Production Takayuki Tsukagoshi turut meluahkan rasa terujanya dengan kerjasama itu.

Kami teruja untuk meneroka dan mencipta cerita baru francais Ultraman dengan Marvel dan menyatukan peminat Marvel dan Ultraman di seluruh dunia.

Sumber: Marvel, Gizmodo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×