Drama bersiri adaptasi novel, Jangan Benci Cintaku ini semakin mendapat sambutan luar biasa dari peminat drama. Drama ini disiarkan di slot Akasia setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam dan dibintangi pelakon hebat Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun.
Ternyata drama ini telah membuatkan ramai netizen tidak berpuas hati kerana watak Shahrizal dan Husna. Sampaikan Saharul Ridzwan sendiri terima mesej ugutan bunuh dari netizen. Wow! memang dahsyat penangan drama Jangan Benci Cintaku ini.
Pernah ditepuk makcik
https://www.instagram.com/p/BluYW1NBi9r/?taken-by=saharulridzwan
Sebelum ini Saharul Ridzwan juga pernah menerima tempias dari netizen juga. Dia turut memuatnaik video berdurasi seminit ini bagi menjelaskan situasi sebenar kepada netizen dan penonton setia Jangan Benci Cintaku. Dia berkongsi pengalaman pernah ditepuk seorang makcik gara-gara geram melihat watak Shah dalam drama tersebut.
Ada ugutan bunuh
Sekali lagi, pelakon ini menerima mesej ugutan bunuh dari netizen melalui DM (direct massage) di Instagram miliknya. Bagaimanapun, Saharul Ridzwan menganggap ini semua gurauan buatnya dan dia tidak mengambil serius terhadap perkara ini. Malah, dia gembira kerana drama ini mendapat sambutan luar biasa dan lakonannya menjadi sehingga membuatkan penonton tidak berpuas hati dengan watak Shah dan Husna.
Macam nak tumbuk je Shah ini
Emo betul penonton
Sumber: Saharul Ridzwan