Sekitar pukul 12 tengah malam tadi, pelawak veteran Saiful Apek dipercayai memberi amaran kepada David Teo melalui laman rasmi Facebooknya.
Dikatakan, amaran tersebut dikeluarkan oleh Saiful Apek sebagai tindak balas terhadap kenyataan David Teo yang disifatkan kurang sensitif dengan penderitaan allahyarham Bob Kuman seperti yang disiarkan dalam program Melodi (sumber : tonton.com.my), sekitar 2 minggu lepas.
Kenyataan David Teo berbunyi, “… kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah … Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang … Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu minta sedekah, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah”
Imbas kembali, allahyarham Bob Kuman mendakwa produksi milik David Teo mengabaikan masalah kesihatannya yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat, Selangor pada penghujung 2010.
Difahamkan, produksi milik David Teo tidak mempedulikannya hingga dia berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.
Bagaimana pun, David Teo menafikan dakwaan itu dan memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal di sini, tahun lalu.
Ditakdirkan, allahyarham Bob Kuman meninggal dunia tepat pada jam 4:38 minit petang, 3 Mei 2012. Al-Fatihah.