berita

Saingan Hebat Vokal Terbaik & 3 Band Bakal Berentap, Lagu Manakah Akan Dinobatkan Juara AJL34?

January 29th, 2020 | by Amat
Shout Out!

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan berlangsung tidak lama lagi dengan menyaksikan 12 buah lagu bakal berentap dengan sengit. Dengan membawa tema ‘Warna-Warna Suara’ yang akan diterjemahkan ke konsep persembahan dan fesyen akan membuatkan ramai tidak sabar menunggu tarikh 9 Februari 2020 ini.

Kami kongsikan lima sebab kenapa AJL34 kali ini best dan rugi kalau anda ketinggalan!

Gandingan 3 pengacara

Buat kali pertamanya kita akan menyaksikan gandingan tiga suara pengacara Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni di pentas AJL34. Ini merupakan kali pertama Haziq Hussni dan Awal Ashaari akan mengacarakan malam berprestij itu bersama Sherry Al-Hadad. Pastinya banyak telatah komedi dan aura tersendiri yang bakal ditampilkan tiga pengacara ini berdasarkan pengalaman masing-masing.

3 band berentap

Tidak kurang hebatnya penyertaan tiga lagu dari tiga buah band yang akan berentap. AJL 34 merupakan penyertaan pertama buat Masdo dan Drama Band. Lagu yang akan dibawa kumpulan Masdo ialah Dinda ciptaan sepenuhnya Ali Sariah manakala lagu Drama dari Drama Band dicipta oleh Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib.

Manakala, Akim & The Majistret pula mempertaruhkan lagu Rampas hasil ciptaan Hang Nadim, Laq dan lirik oleh Bunga Cantik. Kumpulan ini pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu dengan lagu Potret pada edisi AJL30. Adakah Akim & The Majistret akan mengembalikan sejarah muzik tahun 2015?

Pemegang vokal terbaik

Anugerah Vokal Terbaik sepastinya dinanti ramai untuk melihat kemantapan suara dan vokal dari semua penyanyi. Anugerah ini bagi mengukur kemampuan dan kehebatan masing-masing di atas pentas itu.

Di antara 12 finalis ini, hanya Ernie Zakri dan Hafiz Suip sahaja yang pernah memegang Anugerah Vokal Terbaik di malam Juara Lagu. Kali ini, kita akan memperdengarkan vokal Ernie Zakri menerusi lagu Ku Bersuara (ciptaan Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham) manakala Hafiz Suip pula mempertaruhkan Kisah Cinta Kita (ciptaan Ihkwan Fatanna dan Ayden Ali).

Kemantapan vokal Aina Abdul juga tidak dapat kita ketepikan. Mungkin penyanyi lagu Sumpah ini akan memberi saingan kepada Ernie Zakri dan Hafiz Suip?

Pertama kali di pentas AJL

Buat kali pertamanya kita akan menyaksikan Naim Daniel dan Aina Abdul berentap ke pentas AJL34 serta memberi saingan kepada finalis yang lain. Lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel ini pernah viral dan trending di laman Youtube. Lagu ciptaan Naim Daniel dan Omar K ini menjadi kegemaran pendengar-pendengar di luar sana.

Jangan lupa dengan finalis Aina Abdul dengan lagu Sumpah ciptaan sepenuhnya dari penyanyi ini bakal membuatkan bulu roma penonton meremang dengan kehebatan vokalnya. Ini juga merupakan penampilan sulung Aina Abdul di pentas AJL34 dan adakah penyanyi Sumpah ini bakal merebut trofi Vokal Terbaik?

Siapakah bakal rangkul lagu terbaik?

Anugerah Juara Lagu pastinya mengangkat karya dan hasil seni muzik tempatan. Meskipun, Hael Husaini tidak menjadi finalis sebagai penyanyi tapi kali ini dia mempertaruhkan lagu ciptaannya bersama Ezra Kong dengan lagu Anta Permana yang dinyanyikan oleh Bob Yusof sebagai peganti kepada penyanyi asal Dato Sri Siti Nurhaliza. Sebelum ini, Hael Husaini dan Ezra Kong pernah menjuarai AJL 33 menerusi lagu Haram dan Jampi di AJL 32.

Manakala, ciptaan lagu Sampai Syurga oleh Audi Mok, Ahmad Izham Omar dan Faizal Tahir pernah menjuarai AJL23. Kali ini lagu Ragaman ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo akan dipersembahkan oleh Fairuz Misran sebagai ganti kepada penyanyi asal Faizal Tahir.

Akim & The Majistret juga pernah menang di AJL30 menerusi lagu Potret tapi kali ini mereka mempertaruhkan lagu Rampas ciptaan Hang Nadim, Laq. Adakah band ini akan mengembalikan gelaran juara AJL buat tahun ini? Sama-sama kita saksikan.

12 lagu berentap!

https://www.instagram.com/p/B7prLQrnFIZ/

12 buah lagu bakal berentap demi merebut gelaran juara AJL34 dan turut menyaksikan ramai lagi finalis termasuk Aman RA (Bangun), Haqiem Rusli dengan lagu Lembah Kesepian dan Hazama mempertaruhkan Peneman.

Bagi anda yang masih belum mendapatkan tiket untuk menyaksikan sendiri saingan hebat AJL34 ini, boleh didapati menerusi www.myticket.asia. Harga mengikut aras tempat duduk iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) dan Aras 4 (RM30) yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari 2020 jam 9.00 malam.

SKIP THIS AD ×