berita

Sakan Bersenam Dekat Gym, Netizen Tanya Zizie Izette Dah Tak Bertudung Ke?

August 17th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, penampilan terbaharu pelakon, Datin Seri Zizie Izette mencuri perhatian netizen di media sosial. Mana taknya, tubuh badan Zizie dikatakan semakin kurus dan menawan sejak mengamalkan gaya hidup sihat.

Artikel berkaitan: ‘Anak Dara Pun Kalah Ni Mak Cik’ – Penampilan Terbaru Zizie Izette Curi Perhatian Netizen & Selebriti

Namun tindakan Zizie yang berkongsi foto tanpa memakai tudung mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan peminat.

Mana tudung?

Perubahan Zizie yang dilihat tampil lebih kurus berbanding sebelum ini menerima pujian peminat. Bukan itu sahaja, ada segelintir peminat meminta tips bagaimana mendapatkan tubuh langsing persis anak dara.

Di sebalik keterujaan tersebut, peminat sempat memberi teguran kepada Zizie agar tidak memakai baju yang dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

Menjengah di ruangan komen beberapa portal hiburan, netizen berharap Zizie terus istiqamah dan memakai tudung. Ujar netizen, pelbagai cara boleh dilakukan pada masa kini untuk menutup aurat tidak kira ketika bersenam atau melakukan aktiviti riadah yang lain.

Sumber: Zizie Izette

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×