berita

Sakit Buah Pinggang, Sizuka Indonesia Pertama Hembus Nafas Terakhir

June 19th, 2020 | by faris
Kini Trending

Selain di Malaysia, kartun Doraemon turut menjadi kegemaran di Indonesia. Rakyat negara itu dikhabarkan dengan berita duka apabila pelakon suara Sizuka pertama di sana, Prabawati Sukarta menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin lalu.

Derita sakit buah pinggang

Menurut laporan portal berita Radio Republik Indonesia (RRI.co), berita pemergian Prabawati itu disahkan oleh anak kedua arwah Ady Aiman. Arwah meninggal dunia di rumahnya di Bekasi Timur, pada malam Isnin, 15 Jun lalu. Ady menerusi mesej aplikasi Whatsapp memohon supaya kesilapan arwah ibunya itu dimaafkan.

Berita duka, Inalillahi wa innailaihi rojiun, telah meninggal dunia ibuku, Prabawati Sukarta binti Imam Suparjo jam 22.50. Kami mohon maaf jika ada salah yang sengaja diperbuat. Kami mewakili keluarga memohon maaf sebesar-besarnya semoga almarhumah diterima disisi-Nya. Amin.

Arwah yang berusia 64 tahun menderita penyakit buah pinggang meninggalkan 5 anak. Suaminya terlebih dahulu pergi pada Ogos tahun lalu.

Banyak kenangan

Menurut Ady, terlalu banyak memori bersama arwah akan dikenang oleh mereka adik beradik. Antaranya mengamalkan amalan sedekah pada setiap kali Jumaat.

Yang pasti banyak (kenangan) sama arwah ibu. Dia seorang fighter sejati, selalu memberikan contoh kepada anak dan dermawan juga, bahkan menjelang kepergiannya ibu mengajarkan Jumat Berbagi kepada anak-anaknya.

Prabawati adalah suara Sizuka yang pertama sebelum bertukar ganti dengan beberapa pelakon suara lain di negara berkenaan. Pada 2006, watak itu digantikan dengan seorang pelakon suara lain, Nurul Ulfah selama 2 tahun. Selain memegang watak Sizuka, arwah juga adalah pekerja penyiaran di RRI.

Sumber: RRI

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×