berita

Saksi 14 Tahun Nampak Suspek Heret Isteri Keluar Rumah, Pegang Pisau Pemotong Daging

July 5th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berkelakuan biasa sebelum dan semasa hari kejadian membuatkan jiran suspek kelar leher isteri dan bayi tidak percaya mengenai kejadian yang telah berlaku.

Artikel berkaitan: ‘Saya Tahu Menantu Tiada Pekerjaan Tetap Selepas Berhenti Kerja’ – Bapa Mangsa Kelar Leher

Artikel berkaitan: Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Rupanya Lari Lepas Kelar Leher Isteri, Anak

Artikel berkaitan: Lelaki Selamba Bogel Tunggang Motosikal Atas ‘Highway’

Heret isteri dari dalam rumah

Menurut jiran di hadapan rumah pasangan tersebut, Ahmad Zaini Ismail, jeritan ‘Kau apa hal?’ merupakan jeritan terakhir yang didengar olehnya dari mulut suspek dipercayai ditujukan kepada mangsa.

Ketika itu saya di depan rumah, memang saya dengar suara lelaki itu menjerit sebelum kejadian berlaku.

Sementara itu anak Ahmad Zaini, Mohd Noor Haikal memberitahu dia melihat suspek mengheret isterinya yang tidak lagi bergerak dari dalam rumah. Suspek dikatakan memegang pisau pemotong daging ketika kejadian.

Saya kemudian dengar anak mereka menangis dan nampak suspek masuk ke dalam rumah mengambil anaknya dan kemudian meletakkan bayi itu di tepi ibunya.

Cemas melihat aksi suspek, Haikal terus bergegas ke sekolah menaiki motosikal bersama abangnya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×