Warganet berang dan menyelar tindakan seorang wanita yang bertanyakan pendapat tentang hubungannya bersama suami orang.
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Kita Ingin Lawan Ketetapan Allah SWT?’ – Ustaz Kazim Tegur Tindakan Label ‘Penyondol’
Artikel Berkaitan: Wanita Tabah Siapkan Suami Pergi Nikah, Siap Bawa 2 Anak Naik Pelamin – ‘Jangan Gelar Dia Penyondol, Dia Kawan Saya’
Tanya pendapat
Menerusi sekeping foto dan kapsyen, wanita tersebut meluahkan dilema yang sedang dihadapinya kerana sedang menyulam cinta bersama suami orang.
Salahkan ke saya bercinta dengan suami orang? Tapi saya tak sanggup tengok wajah isteri dia.
Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa mereka bakal berkahwin pada tahun hadapan namun wanita tersebut dilihat masih lagi ragu-ragu dengan keputusannya itu.
Dia pun tak nak lepaskan saya..kami dah nak berkahwin tahun hadapan. Apa yang patut saya buat? Apa yang terbaik untuk saya?
‘Carilah yang single..’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata hantaran di Instagram (IG) tersebut telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan warganet dengan menyifatkan wanita itu sebagai ‘penyondol’ kerana perbuatannya itu telah meruntuhkan rumah tangga orang lain.
Warganet juga menasihatinya agar mencari pasangan yang bujang jika mahu berkahwin.
Sumber: Instagram