Penceramah agama terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias, menegur sesetengah pihak yang bertindak melabelkan golongan wanita sebagai ‘penyondol’ kerana dalam Islam, poligami adalah halal dan dibenarkan.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Duit, Ada Penyondol’ – Shermine Ah Moi ‘Warning’ Influencer, Jaga Perangai Elak ‘Disondol’
Artikel Berkaitan: ‘Janda Atau Dah Berkahwin Dengan TikTokers?’ – Netizen Persoal Status ‘Penyondol’
Artikel Berkaitan: Isteri Serang Penyondol Sebelum Berbuka Puasa
Dibolehkan disisi syarak Islam
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, Ustaz Kazim menjelaskan bahawa gelaran ‘penyondol’ seolah-olah telah memberi gambaran negatif terhadap perkara yang dibolehkan berdasarkan syarak Islam.
Ini tindakan yang tidak betul, malah memberi gambaran yang salah. Kita harus berhati-hati dan mengawal emosi kita jangan sampai melangkaui perkara yang sudah jelas dibolehkan dalam Islam, kita pula yang ‘mengharamkannya.
Siapa kita hendak label wanita itu sebagai penyondol, sedangkan Allah SWT sudah menghalalkan perkara berkenaan apabila lelaki itu berkemampuan.
Mengambil contoh Nabi Muhammad SAW, beliau berkata masyarakat perlu berhati-hati dalam percakapan kerana baginda juga berpoligami.
Baginda Rasulullah SAW juga mempunyai lebih daripada seorang isteri, apakah kita nak cakap isteri-isteri baginda itu dengan gelaran berkenaan? Jangan kita sedap mulut saja kerana geram atau marah sedangkan istilah itu sangat tidak sesuai.
Tambah beliau lagi, poligami tidak akan mendatangkan masalah andai suami berkemampuan.
Jika lelaki berkenaan berkemampuan daripada aspek material serta fizikal, poligami berkenaan tidak menjadi masalah untuknya. Kenapa pula kita perlu label wanita yang dikahwininya dengan gelaran yang tidak sepatutnya.
Poligami ini dibenarkan dalam Islam jika lelaki berkenaan berkemampuan. Kita pula seolah-olah ingin larang atau memberi persepsi bahawa poligami ini buruk dan salah.
Dalam pada itu, Ustaz Kazim yang bimbang akan trend ini, menasihati orang ramai agar tidak menggelar mana-mana individu sebagai ‘penyondol’ terutama dalam hal yang dibenarkan dalam Islam.
Siapa kita ingin lawan ketetapan yang sudah dibuat oleh Allah SWT. Jangan kita ikutkan emosi dan marah ini dengan melabelkan orang dengan sesuka hati kerana kita bimbang mungkin akidah kita yang menjadi taruhan kelak.
Sumber: Harian Metro