berita

‘Salam Heroin Pun Tak, Apatah Lagi Minta Nak Dukung’ – Zul Ariffin

August 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas beberapa kali terpalit kontroversi gara-gara mendukung beberapa pelakon wanita atau heroin drama, aktor Zul Ariffin menekankan perbuatan itu dilakukan bagi memenuhi tuntutan kerja.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Lagi Aksi Mesra Zul Ariffin & Ruhainies, Netizen Buat Spekulasi Dah Kahwin Dalam Diam

Kena ‘bahan’

Memetik laporan Harian Metro, Zul, 36, menegaskan dia tidak pernah meminta untuk mendukung pelakon wanita. Katanya, itu adalah ‘permainan industri’ penerbitan drama yang sudah dirancang dan akhirnya dirinya ‘dibahan.’

Meskipun menerima pelbagai tomahan dan cemuhan, pemilik nama Zulkifli Ariffin memilih untuk berdiam diri kerana masih ada rasa hormat dengan pelakon lain.

Itu permainan industri. Saya boleh bermain perkara itu, saya tak kisah. Tapi mampukah orang lain main perkara itu? Berapa lama? Bolehkah bertahan?

Saya kena tegaskan sepanjang karier, saya tak pernah minta nak dukung heroin. Semua daripada skrip ataupun arahan. Saya datang set (lokasi penggambaran), salam heroin pun tak, apatah lagi dukung. Tapi sekarang ini saya kena ‘bahan’.

Contoh apa yang terjadi pada saya beberapa bulan lepas mengenai video itu (video dukung pelakon wanita). Video itu tak keluar di televisyen lagi. Di sosial media pun saya padam.

Selepas itu, ada pula drama yang memaparkan aksi sama. Ia sudah disunting dan tayang. Lepas pula. Yang mendukung pula suami orang dan heroin muda.

Kalau macam tu, mereka pun boleh cakap untuk tolak, tapi pilih sedap. Tapi kenapa cakap begitu pada saya saja. Mereka ini bila cakap perkara macam itu, saya diam sebab saya ini selalu hormat pelakon.

Orang cakap teruk kepada saya pun saya hormat mereka lagi. Tapi, mereka ini nak buat apa dengan saya sebab yang bagi kerjaya ini Allah.

Permainan di set

Susulan itu, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31 mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada terlibat dengan drama.

Katanya, tempoh 13 tahun sudah memadai dan dia memilih untuk fokus kepada slot drama eksklusif, platform over the top (OTT) dan premium.

Dalam drama ini bila kita ‘shoot’, saya rasa macam tak mampu dah nak buat 15 hingga 20 babak sehari, sebab saya dah buat selama 13 tahun. Dulu saya tak nak sebab kita rindu set drama, nak ‘shoot’ semula.

Sekarang rasa macam, tak apa lah saya kena ‘move on’ ke benda lain pula iaitu lebih kepada slot drama eksklusif, platform over the top (OTT) dan premium.

Saya tak nak berlakon drama dah, saya kena undur diri. Kalau ada yang menarik saya akan masuk. Saya kena undur diri sebab kadang-kadang di set itu tak berapa serius. Orang tak berapa serius dan buat tak berapa serius. Saya tengok permainan itu saya tak nak salahkan sesiapa pun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×