berita

Salam Yang Terakhir, Ibu Redha Anak Pergi Buat Selama-Lamanya

October 26th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dijumpai maut akibat terjatuh dari tingkat 15 Flat Ladang Gemilang Satu. Kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu itu mengejutkan orang ramai yang sedih nasib menimpa kanak-kanak terbabit.

Artikel Berkaitan : Kanak-Kanak 6 Tahun Ditinggalkan Sendirian Maut Jatuh Tingkat 15

Menurut ibu mangsa, anaknya bertindak menanggalkan cermin tingkap nako untuk menjenguk di luar sebelum terjatuh ke bawah. Sedihnya..

Salam terakhir

Pagi tadi ketika mengemas rumah, dia bersalam dengan saya dan tidak sangka ia adalah tanda perkara tidak baik berlaku kepadanya.

Menurut Nurul Emilia adalah ibu kepada Muhammad Aryan Difa Danish Mohd Azizul, dia tidak menyangka perbuatan anaknya (bersalam) yang dianggap sebagai suka-suka itu adalah salaman terakhir apabila anak ketiga daripada empat beradik itu pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Memang sedih dengan pemergiannya yang secara tiba-tiba, namun kami reda dan menerima qada dan qadar yang sudah ditetapkan Allah walaupun perit untuk menerimanya.

Dalam kejadian itu, dia bersama anak bongsunya ke kedai di kawasan sekitar flat itu untuk membeli makanan. Manakala dua abangnya sudah keluar bermain dan suaminya pula yang bekerja sebagai jurujual berada di Dungun.

Dia tak pernah buat demikian

Kebiasaannya dia akan membawa kanak-kanak terbabit bersama ke kedai membeli makanan tetapi disebabkan ketika itu kanak-kanak itu sedang tidur menyebabkan meninggalkannya sendirian.

Sebelum keluar saya memasang cerita kartun tetapi tidak menyangka apabila terjaga dia menanggalkan sekeping tingkap cermin nako di ruang tamu dan letak di atas sofa.

Saya tidak tahu apa tujuannya tetapi kemungkinan dia mahu menjenguk untuk melihat ke bawah. Saya berasa agak pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian.

Dalam kejadian pada 4 petang tadi, mangsa yang juga murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×