Baru-baru ini seorang penyanyi rock, Aweera meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap program Muzik-Muzik apabila tiada sebuah band yang berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33. Beliau meluahkan rasa tersebut setelah 12 lagu yang layak ke AJL diumumkan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni pada minggu ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 (SFMM33) pada Jumaat lalu.
Artikel berkaitan: ‘Be Fair & Balance’ – Aweera Tak Puas Hati Tiada Band Layak Ke Final AJL33
Terbaru, seorang penyanyi veteran, Salamiah Hassan pula meluahkan rasa kecewanya apabila lagu ciptaan Aubrey Suwito dan nyayian Dayang Nurfaizah, Layarlah Kembali tidak berjaya melayakkan diri ke anugerah berprestij tersebut.
40 tahun dalam industri
Nama saya Salamiah Hassan, bukanlah seorang penyanyi yang hebat tapi boleh menyanyilah! Sudah berada dalam industri seni selama 40 tahun dan masih lagi menyanyi. Walaupun tidak selalu muncul dikhalayak ramai namun saya tahu apa yang terjadi dalam industri kecil kita ini.
Berasa kecewa
Saya tahu dia adalah seorang penyanyi yang bagus apabila saya mendengarnya! Saya rasa kecewa apabila lagu ciptaan Aubrey Suwito tidak berjaya melayakkan diri ke final AJL! Berharap beliau dapat teruskan mencipta lagu yang terbaik untuk kami semua.
Persembahan lagu Layarlah Kembali di pentas SFMM33
Sumber: Salamiah Hassan, TV3 Malaysia Official