Bermula 29 September ini, pihak stesen televisyen berbayar, Astro bakal berkongsi dengan para penonton setia mereka mengenai sejarah kehidupan dan pengembaraan penuh epik para panglima Viking menerusi saluran History 555 dan 575 (HD) yang akan ditayangkan selama sembilan episod berturut-turut.
Penggambaran yang menelan kos produksi sehingga $40 juta dolar Amerika ini akan turut mengupas dunia penuh kekejaman serta misteri sepanjang perjalanan hidup wira Viking yang dikenali sebagai Ragnar Lothbrok lakonan mantap Travis Fimmel, di mana ianya bakal mengetengahkan cara hidup masyarakat Norse pada masa lampau.
Melalui sejarah ini, dunia Viking dikatakan bermula sejak abad ke-8 di Scandinavia, di mana Ragnar Lothbrok adalah seorang pahlawan dan petani yang berhasrat untuk mencari kekayaan dengan menyerang kawasan timur.
Setelah mendapat pelepasan daripada ketua penduduk tempatan, Gabriel Byrne, Ragnar telah menjelajah ke kawasan timur bersama sahabatnya, Floki (Gustaf Skarsgard) dan di situ bermulalah pertempuran darah antara Ragnar dan penduduk sekitar kawasan tersebut. Banyak nyawa telah menjadi mangsa taklukan serta kekejaman Ragnar sehingga menyebabkan orang tidak bersalah turut terkorban.
Apakah akan terjadi kepada mereka selanjutnya? Mampukah Ragnar terus berkuasa dan mencabut nyawa penduduk yang tidak berdosa? Ingin ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan sejarah kekejaman Viking menerusi saluran History 555 dan 575 (HD) bermula Ahad ini pada jam 10 malam.
Sebelum itu, apa kata kita layan dulu sedikit sedutan trailer Viking selepas ini. Enjoice!
http://www.youtube.com/watch?v=XQFQN3-Pm8E