Pernah suatu ketika dahulu, filem Gol & Gincu yang diterajui oleh Nur Fazura menjadi ikutan remaja. Turut menjayakan filem itu adalah Allahyarham Ashraf Sinclair yang memberi kesan buat semua krew di dalam filem itu termasuk Fazura sendiri.
Di Instagram, pelakon tersebut meluahkan rasa sedih dengan pemergian arwah yang dianggap abang dan sahabat baik. Fazura memberitahu bahawa arwah sentiasa mendorong dirinya mengejar impian, bergembira dan menjadi pelindung, sama seperti watak Eddy yang dilakonkan dalam filem arahan Bernard Chauly itu.
Terduduk dan menangis
Mendengar perkhabaran itu, saya terus menyangka ia berita palsu. Tak mungkin… Saya fikir. Tetapi apabila diberitahu, Doddy (pengurus Bunga) mengesahkannya, saya terduduk dan menangis sambil terus teringat kenangan bersama arwah dahulu.
Dari set penggambaran, kami menjadi rakan niaga sehinggalah arwah bertemu cintanya dan memutuskan mahu berkahwin. Saya tak akan lupa cahaya di mata arwah apabila dia bercerita mengenai Bunga (Bunga Cinta Lestari), bagaimana dia dilamun cinta dan keseronokan untuk membuat lamaran.
Menerusi Instagram Fazura, dia melahirkan rasa kesedihan apabila menerima berita duka pemergian Ashraf semalam. Fazura dan Ashraf pernah menjadi rakan niaga sebelum arwah mendirikan rumah tangga dan menetap terus di Jakarta.
Akan merindui kamu
Saya akan merinduinya dan kenang sampai bila-bila. Saya bersyukur dengan hubungan persahabatan kita sehingga awak dapat melihat perkahwinan saya. Kedukaan saya adalah cebisan kecil jika dibandingkan dengan apa yang dilalui keluarga Ashraf terutama Bunga.
Kenangan kamu dan Bunga yang saling mencintai, membuatkan saya menangis. Saya doakan kamu mendapat Husnul Khatimah dan Allah mengurniakan tempat yang indah di Jannah
Tambah Fazura lagi, Ashraf seorang insan yang suka ketawa, menyayangi keluarga dan sahabat, komited dengan kerjaya selain suka membantu orang lain. Perkongsian itu membuatkan ramai bersedih dan sayu.
Ramai sebak
Sumber : Fazura