Di Instagram, Penyanyi, Yonnyboii berkongsi ucapan istimewa buat isterinya, Nik Nazira sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Yonnyboii Makin Seksi, Netizen Dakwa Culture Shock
Artikel Berkaitan: Isteri Yonnyboii Nafi Berubah Selepas Kahwin, Dah Pakai Sejak Zaman Kolej Lagi, Netizen Kutuk Saya Dapat Pahala
Beruntung jadi suami Nik Nazira
Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, dia berasa seperti baru semalam mengahwini isterinya. Tambahnya lagi, selain rasa beruntung telah bergelar suami kepada Nik Nazira, dia juga memaklumkan isterinya itu merupakan insan yang banyak memberikan sinar dalam hidupnya.
‘Happy anniversary’ sayangku genap setahun kita berkahwin. Rasa macam baru semalam kita kahwin. Kamu adalah orang pertama yang dah buat saya merasakan perkara yang saya tak pernah rasa, melakukan perkara yang saya tak sangka saya boleh lakukan.
Kamu adalah cahaya dan harapan yang menyinari saya apabila saya paling memerlukan, awak sinar cahaya saya, bidadari saya, isteri saya. Saya tak sabar nak melihat masa depan dengan kamu. Untuk lebih banyak lagi hal-hal menarik bersama, sayang.
Saya bertuah dicintai oleh kamu
Menerusi perkongsian di laman Instagram milik Nik Nazira pula, sepanjang bergelar isteri kepada Yonnyboii selama setahun, ia bagaikan satu perjalanan yang amat mengagumkan buatnya.
Tak pernah sangka saya bertuah untuk dicintai oleh kamu. Apa yang saya mahukan adalah dicintai dan dilindungi seperti apa yang kamu lakukan kepada saya. Kamu telah memberikan saya keabadian bagi bersyukur untuk itu.
Saya tak sabar menunggu hari seterusnya selamanya bersama kamu. ‘Happy anniversary cinta hatiku. ‘I love u quantum reality’. Sila dengarkan lagu pertama kami ‘Bag’.
Sementara itu, Nazira turut berkongsi dan meminta orang ramai untuk mendengarkan lagu duet mereka yang berjudul ‘Bag’,
Sumber: Gempak