berita

Sambut Hari Lahir Ke-28, Lisa Surihani Diraikan Dalam Majlis Sederhana Oleh Suami Tercinta

March 24th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Lisa

Masih mampu tampil anggun seperti di awal kemunculannya, karier Lisa Surihani juga kini dilihat lebih matang seiring dengan usianya yang sudah pun mencecah ke angka 28 tahun semalam.

Tidak melepaskan peluang untuk meraikan ulangtahun isteri kesayangannya, sebuah majlis sambutan hari lahir telah diadakan oleh Yusry semalam dan turut dihadiri oleh beberapa orang rakan selebriti seperti Fazura, Liyana Jasmay dan Scha Alyahya.

Dengan menggunakan konsep vintage di taman sebagai lokasi, Lisa dilihat amat gembira dengan sambutan tersebut, lebih-lebih lagi apabila ianya dilaksanakan oleh suaminya.

lisa

Antara tetamu yang hadir di majlis sambutan hari lahir Lisa Surihani

Malah, menerusi laman Instagramnya, Yusry juga dilihat telah memuatnaik sekeping foto dengan caption romantis buat isterinya itu.

lisa

Ucapan istimewa daripada Yusri untuk Lisa Surihani

Para peminat juga tidak ketinggalan untuk turut sama mengucapkan selamat hari lahir kepada Lisa dan mendoakan agar mereka terus berbahagia hingga ke akhir hayat.

Mari kita lihat lagi beberapa keping foto sektar majlis tersebut.

Kredit Foto : Instagram Fazura Liyana Jasmay, Feris Othman & Yusry

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×