Jodoh merupakan ketentuan dan takdir yang ditetapkan Tuhan. Tidak kira selebriti mahupun orang awam, tiada siapa yang mampu melawan suratan-Nya. Setiap jodoh dan pertemuan itu semua ditangan Tuhan, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.
Artikel Berkaitan: Bad Indigo & Ashira Aziz Sah Bercerai, Tetap Kawan Sampai Bila-Bila
Artikel Berkaitan: ‘Ketika Pandemik Kehidupan Kami Mula Berubah’ – Afdlin Shauki & Isteri Sah Bercerai April Lalu
Artikel Berkaitan: Mizz Nina, Noh Salleh Cerai?
Sejak kebelakangan ini juga, kita sering dikejutkan dengan berita perceraian pasangan selebriti di Malaysia. Ada yang terbuka berkongsi berita tersebut kepada umum dan ada yang memilih untuk simpan sendiri.
Oleh itu, jom kita semak selebriti mana yang kembali beraya ‘solo’ untuk Syawal 2023:
#1. Mizz Nina & Noh Salleh
Selepas pelbagai spekulasi dibuat mengenai rumah tangga mereka, akhirnya rumah tangga yang dibina menemui jalan perpisahan selepas 11 tahun hidup bersama. Pasangan itu disahkan bercerai pada 4 Ogos 2022 selepas membuat pendedahan menerusi media sosial masing-masing.
Bagaimanapun, punca sebenar perpisahan Mizz Nina dan Noh tidak didedahkan oleh mereka.
#2. Ellie Suraity & Azri Iskandar
Tempoh 19 tahun hidup bersama merupakan satu masa yang panjang bagi pasangan Ellie Suraity dan Azri Iskandar. Namun, mahligai yang dibina runtuh selepas pasangan mereka disahkan bercerai pada 17 Mei 2022 di Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur.
Selepas sah bercerai, Ellie kemudian bertindak membongkar satu persatu kisah kecurangan suaminya termasuk dengan skandalnya yang didakwa seorang doktor bernama Azra.
Untuk rekod, Ellie dan Azri mendirikan rumah tangga pada 2003 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 13.
#3. Sharifah Sakinah & Michael Hensen
Oktober tahun lalu, pelakon Sharifah Sakinah memuat satu hantaran di Instagram berserta kapsyen yang menimbulkan tanda tanya sehinga orang mendakwa hubungan pelakon itu dengan suami, Michael Hensen sudah berkahir.
Tidak mengiyakan mahupun menafikan, Sakinah tampil mengakui masih mencintai suaminya itu dan berkemungkinan akan kembali ke pangkuannya. Malah, dia turut menegaskan bahawa mereka masih suami isteri dan tidak bercerai tetapi hanya berpisah.
Untuk rekod, Sakinah dan Michael mendirikan rumah tangga pada hujung 2020.
#4. Afdlin Shauki & Maria Christina
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon, Datuk Afdlin Shauki dilaporkan sudah berpisah dengan isteri, Datin Maria Christina Orow pada April tahun lalu.
Berita perpisahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Maria menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya. Difahamkan, hubungan pasangan itu mula bermasalah sejak tempoh pandemik pada awal tahun 2022.
Untuk rekod, Afdlin dan Maria selamat bergelar suami isteri pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
#5. Bad Indigo & Ashira Aziz
Pasangan penyanyi, Bad Indigo dan Ashira Aziz mengejutkan ramai selepas mengumumkan berita perpisahan mereka melalui hantaran video di Instargram pada Jun 2022.
Menerusi video pendek itu, mereka kelihatan begitu tenang mengumumkan berita tersebut. Kongsi Bad, mereka berpisah secara baik namun butiran terperinci tidak didedahkan.
Bad dan Ashira mendirikan rumah pada Mac 2021 selepas mulai rapat ketika mereka bersama-sama menyertai sebuah pertandingan di stesen TV berbayar.